PERTEMUAN dengan pelakon Sharnaaz Ahmad yang agak kelakar membuatkan penulis teruja untuk mengetahui barangan peribadi yang memberikan sentuhan sentimental kepada dirinya.Mengenali pemuda yang baru berusia 26 tahun ini, dia yang dikenali menerusi drama Kum Kum dan filem Seru juga gemar melancong dan melakukan aktiviti sukan lasak. Jadi, tidak mustahil barangan yang dibawanya untuk ruangan Zoom! ini lebih menjurus kepada aktiviti yang digemarinya itu seperti kamera, topi, sarung tangan tinju dan vest.Menurutnya, sepuluh barangan tersebut dibeli sendiri. Ada yang baru dibeli dan ada juga yang telah lama dalam simpanannya. Atas minat yang mendalam kepada sesuatu barangan, tidak salah jika Sharnaaz mengeluarkan sedikit duit poket dan berbelanja untuk diri sendiri.Paling menarik, dia membawa buku tentang Tun Dr Mahathir berjudul Pentadbiran Mahathir: Prestasi dan Krisis dalam Pemerintahan yang memperlihatkan dirinya juga seorang yang mempunyai minat membaca bahan penulisan ilmiah dan politik.Selain itu, dia juga digambarkan sebagai seorang yang mementingkan penampilan kemas dan bersih menerusi pakaian dan produk penjagaan diri yang menjadi koleksi peribadi penting buatnya.Sarung tangan tinjuSarung tangan tinju berwarna merah ini melambangkan dirinya seorang yang bersemangat waja dalam industri seni ini. Sukan tinju menjadi sukan kegemarannya sejak berusia 14 tahun. Jika dulu, dia selalu meluangkan masa untuk bermain sukan itu di rumah atau di gimnasium. Tetapi kini, dia sudah jarang melakukan aktiviti kesukaannya itu memandangkan masanya terpaksa dipenuhi untuk penggambaran.VHF radioVHF radio merupakan perkhidmatan komunikasi dalam rangkaian frekuensi VHF. Sharnaaz menggunakan alat komunikasi ini untuk menghubungi rakan-rakannya yang turut menggunakan alat serupa. Namun, liputan frekuensi VHF radio agak terhad pada kawasan tertentu sahaja. Dia telah menggunakan alat tersebut sejak dua tahun lalu. Jadi, Sharnaaz boleh menjimatkan penggunaan bil telefon bimbit untuk membuat panggilan.Kasut ‘spectator’Kasut yang dipakai ketika majlis Anugerah Bintang Popular 2010 baru-baru ini menjadi pilihan Sharnaaz. Ini kerana dia gemarkan warna hitam putih, bentuk dan rekaan eksklusif dan klasik yang dibelinya di butik eksklusif POA.Buku Tun Dr MahathirBuku berjudul Pentadbiran Mahathir: Prestasi dan Krisis dalam Pemerintahan ini memberikan nilai sentimental tersendiri. Walaupun membaca bukan hobi yang selalu dilakukan pada waktu lapang, namun Sharnaaz akan cuba meluangkan masa dengan memilih bahan bacaan yang menarik minatnya. Lebih-lebih lagi dia merupakan peminat Tun Dr Mahathir dan Hitler.IPhone IPhone menjadi pilihannya kerana banyak fungsi yang terdapat dalam telefon bimbit itu. Dia menganggap iPhone merupakan ciptaan terbaik yang dihasilkan oleh manusia. Ia juga mudah digunakan dan sangat berkualiti tinggi. Selain digunakan untuk membuat panggilan dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS), Sharnaaz turut menggunakan iPhone untuk mengemas kini status laman sosial Facebook miliknya iaitu Sharnaaz Basir Ahmad.Minyak wangiSharnaaz menyukai minyak wangi kerana ia melambangkan identiti seseorang itu sebagai lelaki atau perempuan. Sejak dari kecil lagi dia memang menyukai minyak wangi kerana menganggap haruman adalah salah satu nikmat kepada manusia.VestSharnaaz memilih vest kerana jika dia memakai baju tersebut, dia menganggap dirinya agak ringkas sesuai dengan karakternya yang merupakan seorang yang ringkas.Kamera Kamera jenis Canon SLR 550D ini selalu dibawa oleh Sharnaaz apabila hendak ke mana-mana memandangkan dia meminati bidang fotografi dan videografi. Kamera ini banyak berjasa kepadanya untuk merakam memori dan kenangan indah bersama kaum keluarga dan sahabat handai. Dia memilih kamera yang mempunyai lensa untuk merakam gambar dari jarak jauh kerana memberikan mutu gambar yang cantik dan kepuasan berganda.TopiTiada yang menarik tentang topi ‘beret’ kepada lelaki ini. Selain sesuai untuk berfesyen topi ini mengimbau kenangan kepada Sharnaaz kerana dia sepatutnya memakai topi itu semasa ABP 2010 yang lalu.Produk penjagaan kulit Sharnaaz amat mementingkan kebersihan kulit dan penampilan wajah lebih-lebih lagi dia merupakan seorang selebriti yang sering menjadi perhatian ramai. Apabila ke mana-mana pasti dia akan membawa produk ini bersama.Foto SHAARI CHE MAT Pakaian Lord’s Tailor