suria

Yuni Shara dan Rafi Makan Angin Di Korea

Yuni Shara foto Kapanlagi.com
Yuni Shara foto Kapanlagi.com
Yuni Shara foto Kapanlagi.com

JAKARTA: Pasangan selebriti Yuni Shara dan Raffi Ahmad telah pun merancang untuk bercuti di Korea sempena menyambut hari lahir Yuni Shara yang jatuh pada 3 Jun (hari ini).

Kata Raffi, percutian tersebut dirancang kerana kedua-dua mereka terlalu sibuk dengan aktiviti masing-masing.

"Ya, memang kami ada merancang untuk bercuti kerana sudah lama rasanya tidak bercuti. Kami ingin berehat setelah penat bekerja," ujarnya seperti dipetik Kapanlagi.com.

Bagaimanapun, Raffi masih merahsiakan lokasi percutian mereka di Korea itu.

"Tempat percutian masih lagi belum diketahui, namun ada tempat yang sedang kami fikirkan, nanti kalau dah balik saya beritahu," katanya.

Ketika ditanya tentang program Dahsyat yang mana dia bertindak sebagai pengacara, Raffi memberitahu dia akan bercuti buat seketika daripada sebarang pekerjaan termasuk penggambaran drama.

"Memang rugi kerana menolak banyak tawaran tetapi sebagai manusia sudah tentu otak kita perlukan rehat dan barulah segar apabila kembali bertugas nanti.

"Saya dan Yuni sejak Januari lalu sibuk dengan pekerjaan sahaja, ini adalah masa yang tepat secara tak langsung juga menyambut ulang tahun Yuni," tuturnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain