suria

Yuni Shara Dilamar Raffi Di Jepun?

BARU-BARU ini, pasangan kekasih Yuni Shara (gambar) dan Raffi Ahmad baru saja bercuti sekaligus meraikan ulang tahun kelahiran Yuni di Jepun.

Yuni sangat bahagia selepas pulang bercuti dengan kekasihnya itu. Khabarnya, dia dilamar oleh Raffi di sana. Malah Yuni tidak menafikan mahupun mengiyakan perkara tersebut.

"Saya serahkan mana yang terbaik kepada Allah. Kalau memang sudah jodoh saya dengannya, kami akan berkahwin tetapi jika tidak akan berlaku sebaliknya," kata Yuni seperti dipetik dari detikhot.com.

Kini, penyanyi lagu Lilin-lilin Kecil itu sangat mempercayai Raffi 100 peratus. Baginya, hubungan yang telah dijalin hampir dua tahun itu berlandaskan kepercayaan satu sama lain.

Ibu kepada dua anak itu berkata, dirinya kini menjadi lebih tenang dan gembira setelah menghabiskan waktu bersama Raffi di negara tersebut selama beberapa hari.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain