Hazama diapit oleh kedua ibu bapanya. Foto M.AZHAR ARIFPUTRAJAYA: Pelajar Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 26, dinobatkan sebagai juara pada konsert akhir yang berlangsung di Dataran Putrajaya di sini, malam Ahad.Dengan kemenangan itu, Hazama membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro. Dia turut menerima sebuah kamera Sony Handycam bernilai 3,299 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Power Root.Pelajar kelahiran Perak ini telah diundi masuk pada konsert AF9 minggu ketiga, selepas pelajar Aida dan Amir digugurkan dalam program itu.Pada konsert akhir itu, Hazama telah membawakan dua buah lagu iaitu Pukau, nyanyian Tomok dan Cinta Teragung.Selepas diumumkan kemenangannya, bekas peserta prelude AF4 itu berterima kasih kepada para pengundi yang memberi peluang kedua kepadanya untuk terus bersaing di AF8 sekali gus menjadi juara.Sementara itu, Lena (Lenaber Haidir), 22, yang menjadi naib juara AF8 menerima wang tunai berjumlah RM50,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro.Dia turut membawa pulang sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai sebanyak RM2,000 sumbangan Power Root.Lena mendendangkan lagu Dunia, nyanyian Bunkface dan lagu baru, Sisa Kisah Kita, ciptaan Kucidemak.Sebagai pemenang tempat ketiga, Fina atau nama sebenarnya ialah Nur Shafinaz Jebat, 18, menerima wang sebanyak RM20,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro.Selain itu, Fina menerima sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai sebanyak RM1,000 sumbangan Power Root.Fina membawakan lagu barunya, Menangis Lagi, ciptaan Edrie Hashim dan Satu Harapan , nyanyian Jaclyn Victor.Bagi Mohamad Azri Abdullah (Azri), 23, yang mendapat tempat keempat pula, dia membawa pulang wang tunai sebanyak RM5000 beserta sebuah piala sumbangan Astro serta sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 sumbangan Sony.Azri menyanyikan lagu Ku Tak Bisa, nyanyian Slank dan lagu baru, Niskala, ciptaan Omar K dan Zel.