suria

Tomok Dan Rahayu Selamat Bernikah

Tomok dan Rahayu selamat dinikahkan. Foto - SHAARI CHEMAT
Tomok dan Rahayu selamat dinikahkan. Foto - SHAARI CHEMAT
Tomok dan Rahayu selamat dinikahkan. Foto - SHAARI CHEMAT

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyanyi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, kini sah menjadi suami kepada pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abbas, 32, pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli berwalikan bapa Rahayu, Abas Mohd Saidon.

Rahayu menerima sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11, mas kahwin berjumlah RM300, cincin, sirih junjung, set barang kemas, sepersalinan baju, jam tangan dan beg, set minyak wangi, senakhah Al-Quran, sebiji kek dan Telekung.

Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak 11 dulang hantaran iaitu jam tangan, , coklat, sebiji kek, sepasang kasut, set minyak wangi, dompet, sepersalinan baju Melayu, sejadah, senaskhah Al-Quran dan sirih junjung.

Menurut Tomok, dia gembira selama lapan tahun bercinta, akhirnya dia menjadi suami kepada Rahayu atau nama panggilannya, Ayu, dan berharap agar cinta mereka akan mekar sehingga akhir hayat.

"Selama ini kami susah senang bersama. Walaupun masing-masing sibuk dengan karier, Alhamdulillah, kami akhirnya disatukan juga.

"Maklumlah, bila jadi artis , macam-macam dugaan yang timbul termasuklah gosip-gosip yang muncul. tapi semua itu kami dapat atasi bersama," katanya selepas pernikahan pasangan tersebut.

Ditanya pula kepada Ayu adakah sukar bergelar insan istimewa kepada seorang artis seperti Tomok, katanya, dia tidak ada masalah tentang hal itu.

"Mula-mula masa saya berkenalan dengan Tomok, saya tahu dia seorang penyanyi yang digilai ramai. Dan ada sahaja yang cuba datang dekat kepadanya

"Tipulah kalau tidak pernah ada rasa cemburu di hati. Tetapi saya memberi kelonggaran kepadanya, kerana faham Tomok seorang selebriti. Selain itu daripada itu, kami percayakan dengan diri masing-masingm" tuturnya yang tampak jelita hasil solekan jurumekap Saidatul Nisa.

Kedua-dua mempelai kelihatan cukup berseri apabila mengenakan pakaian nikah berwarna krim rekaan Hatta Dolmat.

Dianggarkan seramai 200 tetamu termasuklah keluarga, dan rakan media memeriahkan majlis nikah bertemakan urban kontemporari berwarna ungu dan emas tu.

Sementara itu, pasangan ini akan melangsungkan tiga resepsi perkahwinan iaitu sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama (2 Julai), majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai) dan resepsi sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Julai).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain