Katy PerrySELEPAS Taylor Swift membatalkan beberapa konsertnya kerana penyakit Bronchitis, kini giliran penyanyi Katy perry pula menunda dua konsert jelajah california Dreams kerana terkena keracuna makanan.Konsert jelajah tersebut sepatutnya diadakan di Chicago, Illonois pada 8 Julai lalu dan St Paul, Minnesota, hari ini. Katy meminta maaf kepada peminat-peminat menerusi di laman akaun Twitter miliknya dan dijadualkan akan menunda dua konsert tersebut pada Ogos depan."Chicago dan St Paul, maaf kerana menunda konsert itu tetapi saya akan kembali pada 21 Ogos (Chicago) dan 23 Ogos (St Paul)!" katanya di Twitter.Katy turut meminta maaf menerusi laman web rasminya dengan mengatakan dia akan memberikan persembahan yang terbaik pada Ogos nanti untuk mengubat kekecewaan peminat-peminatnya.