Bola KampungPETALING JAYA: Saluran TVi (Astro 180) akan menyediakan dua slot animasi khas pada khas buat penotnon remaja yang gemarkan rancangan-rancangan menarik bercorak animasi bermula Julai ini.Malah, pihak radio Televisyen Malaysia, (RTM) turut mengembalikan nostalgia kegemilangan keluarga jaguh badminton negara dengan menayangkan animasi Anak-Anak Sidek yang disiarkan bermula pada hari Jumaat hingga Ahad, pukul 9.00 malam. Pastinya anda masih ingat gelagat dan babak-babak mencuit hati selain turut dikongsi semangat adik-beradik yang cintakan sukan badminton dan cara didikan yang diterima serta aktiviti mereka dalam bidang sukan itu.Kisah bermula dengan pertemuan Haji Sidek dengan isterinya yang seterusnya membawa kepada kelahiran Misbun dan adiknya, Razif, Jailani dan kakak mereka.Penonton dapat mengikuti gelagat dan kenakalan bekas jaguh badminton negara semasa kecil yang sering menjadi sasaran kemarahan Haji Sidek.Kemudian, animasi Bola Kampung turut disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9.00 malam yang nyata mampu menyemarakkan semangat demam bola sepak sedang melanda negara.Apatahlagi dengan kebangkitan pasukan bola sepak kebangsaan sekarang, TVi turut memeriahkan masa santai anda dengan menyiarkan siri animasi popular ini yang pernah mencetus fenomena suatu ketika dahulu.Bola Kampung berkisar kepada kegigihan 3 orang remaja dikenali sebagai Wan, Zul dan Satok yang gemar bermain bola telah menubuhkan pasukan bola sepak di kampung mereka.Selain itu aksi-aksi menarik perlawanan bola sepak dalam bentuk animasi dapat di lihat menerusi rancangan ini.Diikuti pula dengan animasi Lagenda Kinabalu yang menggambarkan kehidupan di perkampungan Orang Dusun di Sabah yang memaparkan kisah perjuangan panglima Yang Zie yang sering berlawan dengan naga dan penceroboh untuk mempertahankan keamanan kampungnya juga akan kembali. Slot animsi Lagenda Kinabalu yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11.30 pagi ini diisi dengan animasi kisah dongeng dan kepahlawanan yang menjadi pilihan seisi keluarga.