suria

Bayar RM10 Dapat Tonton 'Nur Kasih The Movie'

PETALING JAYA: Penonton yang tidak berpeluang menonton filem Nur Kasih The Movie di pawagam boleh menonton filem itu di portal video pintar Tonton dengan membayar RM10.

Menerusi portal khas itu, pengguna berpeluang melayari galeri gambar, menonton ‘trailer’ dan interaksi bersama peminat filem ini menerusi aplikasi pautan laman sosial, Facebook. Semuanya secara eksklusif di www.tonton.com.my/nurkasihthemovie.

Filem arahan Kabir Bhatia ini merupakan kesinambungan siri drama popular, “Nur Kasih” yang pernah mencatat sejumlah 19 juta penonton di kaca televisyen pada dua tahun lalu.

Kemalangan ngeri di padang pasir Jordan menjadi permulaan kepada kisah menyayat hati dalam Nur Kasih The Movie. Kesedihan Aidil (Fizz Fairuz) kerana kematian Alia (Ayu Raudhah) menjadi beban penderitaan emosi dan batin.

Manakala Adam (Remy Ishak) mendapat khabar gembira kerana Nur Amina (Tizz Zaqyah) telah mengandung. Namun amat malang sekali apabila Nur Amina keguguran selepas itu. Adam mula hilang pertimbangan dan berpaling dari ajaran Allah.

Kehadiran Aidil berjaya memimpin Adam kembali ke jalan yang benar. Pasangan Adam dan Nur Amina kemudiannya cuba mencari kedamaian di Jordan tetapi takdir menentukan mereka berdua terlibat dalam satu kemalangan yang dahsyat.

Apakah nasib Adam dan Nur Amina selepas itu?

Artikel Sebelum

Artikel Lain