Barisan pelakon Wasiat dan Hantu Motel. FOTO ART CHANPETALING JAYA: Astro Prima bakal menyiarkan dua buah drama bersiri terhebat berjudul Wasiat dan sebuah drama komedi Hantu Motel sepanjang Julai dan Ogos ini.Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, Astro sentiasa mementingkan program hiburan pelbagai genre yang berkualiti bagi memastikan penonton mendapat kepuasan yang maksima. "Formula yang digunakan iaitu dengan menyajikan program terbaik kepada penonton ternyata berkesan. Variasi program yang ditayangkan dilihat menepati selera para penonton yang pelbagai."Pada masa yang sama, kami memberikan kebebasan kepada penggiat seni tanah air dalam menghasilkan karya mereka," katanya ketika sidang media pada Majlis Pra Tonton Drama Wasiat dan Hantu Motel, di sini, Isnin.Azlin mewakili Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang tidak dapat menghadiri majlis berkenaan.Turut hadir pada majlis tersebut adalah barisan pelakon kedua-dua drama tersebut seperti Yasmin Hani, Beto Kusyairi, Sara Ali, Bell Ngasri dan Azhar Rani.Drama Wasiat yang dibintangi oleh pelakon hebat seperti Farid Kamil, Yasmin Hani, Beto Kusyairi dan Sara Ali ini berkisarkan tentang keluarga seorang hartawan yang meninggal dunia akibat serangan jantung.Bagaimanapun terdapat konflik berkaitan dengan harta yang telah dirancang oleh hartawan tersebut sebelum beliau meninggal dunia.Drama 26 episod ini merupakan adaptasi daripada telenovela Argentina berjudul Herencia De Amor dan telah diarahkan oleh Faisal Ishak.Sementara itu, drama komedi 13 episod, Hantu Motel mengisahkan tentang skim cepat kaya yang menyebabkan dua orang sahabat baik jatuh muflis.Drama ini diarahkan oleh Dinesh Samby yang akan menampilkan pelawak terkenal tanah air seperti Shamsul Ghau Ghau, Azlee Senario, Bell Ngasri dan Ayu raudah.Drama Wasiat bakal ke udara pada setiap Rabu pukul 10 malam bermula 27 Julai ini, manakala Hantu Motel pada setiap Jumaat, pukul 10 malam bermula 5 Ogos secara eksklusif di Astro Prima (Saluran 105).