suria

Album 'Seronoknya Raya Bersama Upin & Ipin' Dilancar

Upin&Ipin bersama adik Asyiela Putri Azhar dan Rosmin Hasnim. Foto FAIHAN GHANI
Upin&Ipin bersama adik Asyiela Putri Azhar dan Rosmin Hasnim. Foto FAIHAN GHANI
Upin&Ipin bersama adik Asyiela Putri Azhar dan Rosmin Hasnim. Foto FAIHAN GHANI

KUALA LUMPUR: Selepas popular dengan siri kartun animasi Upin & Ipin, syarikat produksi Les’Copaque dengan kerjasama Nova Music bakal menerbitkan sebuah album Hari Raya berjudul Seronoknya Raya bersama Upin & Ipin.

Menurut Penerbit Eksekutifnya, Rosmin Hashim, album yang memuatkan lima buah lagu Hari Raya nyanyian adik Asyiela Putri Azhar ini akan berada di pasaran pada 9 Ogos depan.

“Ini merupakan projek pertama antara Nova Music dan Les’ Copaque yang mana ia memuatkan lima buah lagu Hari Raya digemari ramai.

“Selain menyanyikan semula lagu tersebut dengan versi Upin&Ipin kita turut menyelitkan dialog-dialog berunsur nasihat,” katanya pada Majlis Pra Dengar Album Raya Seronoknya Bersama Upin&Ipin, di studio rakaman NAR Records di Taman Tun Dr Ismail di sini, Rabu.

Lima lagu yang bakal dimuatkan ialah Satu Hari Di Hari Raya, Suasana Di Hari Raya, Selamat Hari Raya, Suasana Hari Raya dan Balik Kampung.

Album ini juga akan dipasarkan secara cakera padat dan boleh dimuat turun sebagai nada bunyi.

Selain itu, jelas Rosmin projek kedua untuk menerbitkan album Upin & Ipin akan dimulakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Kami sedang merancang untuk pembikinan album kedua yang bakal memuatkan beberapa lagu baru dan lagu rakyat.

“Insya-Allah ia akan disiapkan pada penghujung tahun ini dan akan berada di pasaran,” ujarnya.

Rosmin turut berkata perancangan untuk memasarkan album-album Upin & Ipin di pasaran Indonesia berikutan sambutan menggalakkan di negara jiran tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Lain