suria

Melly Goeslow Seperti Mahu Buat Umrah Setiap Bulan

PENYANYI dari Indonesia Melly Goeslow (gambar) akui dia bukanlah seorang yang terlalu kuat pegangan agama. Namun selepas pertama kali menjejakkan kaki di Tanah Suci, Mekah, Melly mengaku seperti mahu mengerjakan umrah pada setiap bulan.

"Saya bukanlah orang yang terlalu kuat agama jadi sebelum ini saya sering menangguhkan niat untuk membuat umrah.

"Setelah saya melakukan umrah, saya menjadi seperti ketagih untuk selalu ke sana. Kalau saya mempunyai banyak duit dan kaya-raya pasti saya akan ke Mekah setiap bulan," katanya seperti dipetik detikhot.com.

Sebelum ini, dia mendapat peluang untuk mengerjakan umrah selepas diajak oleh penyanyi Rossa.

Semasa di Tanah Suci, penyanyi lagu Ku Bahagia dan Ketika Cinta Bertasbih ini akui tidak mengalami pengalaman yang berbanding jemaah lain yang membawa pengalaman pelik dan misteri.

"Saya lihat suasana di sana sama seperti di Indonesia. Tiada banyak perbezaan melainkan semuanya harus bersolat apabila tiba waktunya. Saya juga tidak mengalami peristiwa menyeramkan seperti yang dialami oleh sesetengah jemaah lain," ceritanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain