MELIHAT penampilan Joe Jonas yang sentiasa berpenampilan menarik, pasti ramai yang tidak percaya apabila mendapat tahu Joe seorang yang pengotor.Joe yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Jonas Brothers itu mengakui dia sering memakai pakaian kotor dan tidak keberatan memakai sehelai baju untuk beberapa kali. "Bagi saya ia satu perkara yang mudah dan cepat untuk saya bersiap lebih-leih lagi ketika saya mahu bersukan."Rasanya, itu adalah perkara normal dalam hidup saya," katanya kepada majalah Malefirst.Selain itu, mengimbas kenangan lama, kata Joe, dia juga gemar menyakat adik beradiknya iaitu Nick, Kevin dan Frankie semasa kecil."Saya memang suka mengusik orang disekeliling saya. Malah saya pernah emmbalut pokok-pokok di sekitar laman rumah dengan kertas tisu tandas," selorohnya.