Chef WanPETALING JAYA: Chef selebriti Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menasihati anaknya Mohd. Nadzri,30, supaya mengenali pasangannya dengan lebih mendalam sebelum memikirkan untuk mendirikan rumah tangga.Chef Wan berkata, untuk mengahwini seseorang bukan seperti menukar baju, sebaliknya anaknya itu perlulah mengenali hati budi seseorang wanita terlebih dahulu. “Sebagai ayah saya hanya boleh menasihati dia supaya memilih pasangan yang tepat untuk masa depan rumah tangganya dan tidak tergopoh gapah untuk berkahwin semata-mata menurut kehendak hati,” katanya kepada mStar Online menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dari New Zealand, di sini, Selasa.Chef Wan berada di negara itu sebagai duta makanan mewakili Malaysia di Wellington on the Plate Food Festival, Auckland.Beliau diminta mengulas mengenai pengakuan Nadzri atau Chef Riz yang mengakui sedang hangat bercinta dengan pelakon Ana Dahlia.Riz turut berkata dia sedang memikirkan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius termasuklah soal berumah tangga.Chef Wan memberitahu Riz perlu mengambil masa untuk mengenali diri Ana Dahlia sepenuhnya termasuklah keluarga pelakon wanita itu.“Saya nasihat agar mereka tidak terburu-buru (untuk berkahwin) dan perlu mengambil masa untuk mengenali hati budi dan keluarga kedua-dua belah pihak.“Mencari pasangan tidak hanya memandang kepada paras rupa tetapi juga hati budi seseorang itu yang akan kekal selamanya,” jelasnya