Mila JirinKUALA LUMPUR: Penyanyi Mila Jirin akan mewakili Malaysia dan Stesen televisyen Astro untuk menyertai pertandingan Golden Talent - International POP TV Perfoemers Batumi Georgia dengan kerjasama Georgia Art Festival.Menurut Mila, dia akan bersaing dengan 23 peserta daripada 23 buah negara seluruh Eropah dan Asia. "Saya dipelawa dua bulan lepas oleh Georgia Art Festival dan World Association of Festivals and Artiste (WAFA) untuk menyertai pertandingan tersebut yang berlangsung pada 7 hingga 10 September depan."Saya akan berada di sana bermula 1 hingga 12 September ini bagi rangka promosi dan rakaman untuk beberapa program televisyen di sana," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar pengumuman Mila Jirin Mewakili Malaysia dan Penyerahan Tajaan oleh Malaysia Building Society Berhad (MBSB), di sini, Rabu.Tambah Mila, dia bersyukur kerana diberi peluang ini dan secara tidak langsung mengambil kesempatan tersebut untuk mempromosi album berbahasa Inggeris yang bakal dilancarkan tidak lama lagi."Alhamdulillah peluang ini akan saya gunakan sebaiknya untuk mengharumkan nama Malaysia dan secara tidak langsung membantu mempromosi album Inggeris saya."Lagi pula festival ini akan ditayangkan di 23 buah negara sekitar Eropah dan Asia menjadikan ia sebagai batu loncatan kepada saya," katanya.Katanya, dia turut berterima kasih terhadap syarikat pinjaman MBSB yang telah bersetuju untuk menaja kos pembiayaannya sepanjang berada di sana."Pada awalnya saya hampir berputus asa untuk menyertai kerana tiada penaja, tetapi MBSB telah tampil untuk menaja kos kami di sana," katanya.Bercerita tentang persiapan, Mila yang bakal menyanyikan dua buah lagu mengutamakan aspek vokal berbanding persembahan."Saya hanya berlatih dan utamakan aspek vokal kerana persembahan mereka yang aturkan terutamanya penari."Saya akan bawa dua buah lagu iaitu lagu berjudul Kasih Yang Terdampar dan Listen.