suria

Orlando Bloom 'Lari' Ke New Zealand

Miranda Kerr dan Orlando Bloom
Miranda Kerr dan Orlando Bloom
Miranda Kerr dan Orlando Bloom

NAMPAKNYA foto-foto 'curi' pasangan kekasih Orlando Bloom dan Miranda Kerr mungkin tidak dapat diambil oleh paparazi di Los Angeles (LA) kerana selebriti itu sedang merancang untuk berpindah ke New Zealand.

Khabarnya pasangan itu sedang mencari sebuah rumah untuk tinggal di sana dan mereka telah meninjau beberapa lokasi dan salah satu rumah yang menarik minat mereka ialah kediaman yang menyediakan sebuah bilik gimnasium persendirian, spa, kolam renang dan bar mini.

Difahamkan Orlando akan berada di New Zealand dalam jangka masa yang lama untuk menjalani dua penggambaran di sana dan salah satunya adalah filem “The Hobbit”.

Selain itu, antara tujuan lain pasangan itu berpindah adalah untuk keluar daripada kepompong selebriti di LA dan ini boleh membuatkan diri mereka rasa bebas dan tenang seketika daripada dikejar paparazi.

"LA membuatkan saya rasa takut walaupun saya suka tinggal di sana. Bagaimanapun London lebih tenang buat kami. Kiranya jika mahu 'bersembunyi' kami akan ke London," selorohnya kepada laman portal TMZ.

Sebelum ini pasangan tersebut sering berulang alik di antara LA dan London demi menunaikan tuntutan kerja.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain