suria

Juliana Ibrahim Gigih Jiwai Watak Zaiton

Juliana menjadikan menu nasi briyani dan mee rebus sebagai makanan utamanya menjelang Hari Raya Aidilfitri. - Foto AZHAR MAHFOF
Juliana menjadikan menu nasi briyani dan mee rebus sebagai makanan utamanya menjelang Hari Raya Aidilfitri. - Foto AZHAR MAHFOF
Juliana menjadikan menu nasi briyani dan mee rebus sebagai makanan utamanya menjelang Hari Raya Aidilfitri. - Foto AZHAR MAHFOF

PETALING JAYA: Pelakon Juliana Ibrahim berusaha gigih untuk merealisasikan watak Zaiton menerusi lakonannya dalam filem Spilt Gravy On Rice.

Kata Juliana, dia berusaha untuk membuatkan penonton supaya percaya bahawa watak seperti Zaiton sememangnya wujud di alam realiti.

“Saya melakonkan watak Zaiton yang matang dan berjiwa muda. Biarpun dia mempunyai segala-galanya, namun tetap ada kekurangan dalam hidupnya. Semuanya perlu dihadapi dengan reda.

“Jadi, saya perlu berhadapan dengan cabaran untuk menjadikan watak Zaiton benar-benar hidup,” katanya kepada mStar Online.

Menyentuh tentang keistimewaan watak ini pada mata Juliana, dia yakin dengan kelainan dan hubungan yang berkait dalam cerita ini.

“Cerita ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang tinggal di Kuala Lumpur. Istimewanya, gaya dan cita rasa yang digarap berbeza-beza dan di dalamnya mempunyai banyak cerita dalam satu cerita tetapi semuanya saling berkait rapat antara satu sama lain,” katanya yang menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kali ketiga dengan suami dan anak-anaknya.

Bercerita tentang rumah terbuka, Juliana pasti tidak ketinggalan menyediakan juadah istimewa seperti nasi beriani dan mi rebus.

“Pada tahun ini, saya pasti akan menyediakan menu yang lain dari lain. Yang penting saya nak semua orang ceria dan gembira dengan penuh kasih sayang,” ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain