suria

Adibah Nor Sambut Syawal Di Melbourne

Adibah Nor
Adibah Nor
Adibah Nor

PETALING JAYA: Penyanyi Adibar Nor akan terbang ke Melbourne, Australia bagi menghadiri sidang media filem terbarunya berjudul Nasi Lemak 2.0 pada Hari Raya pertama.

Tambah Adibah, dia mengambil keputusan untuk menyertai sidang media tersebut kerana tidak dapat beraya bersama keluarganya kerana kesemua mereka berada di Mekah menunaikan umrah

"Keluarga saya sekarang sedang mengerjakan umrah dan mereka balik Malaysia pada Hari Raya kedua nanti. Jadi daripada beraya seorang diri di sini lebih baik saya mengikuti sidang media filem Nasi Lemak 2.O yang akan berlangsung di Melbourne, Australia.

"Saya bertolak pada 29 Ogos dan pulang pada Hari Raya kedua dan ketika itu keluarga saya juga sudah berada di tanah air," katanya.

Ketika ditanya tentang perasaan sambutan Hari Raya kali ini, Adibah berkata dia sudah biasa hidup berdikari dan menyambut Hari Raya dalam keadaan sederhana.

"Keluarga saya memang selalu meninggalkan saya dan biarkan saya hidup berdikari, jadi tiada apa yang ingin disedihkan.

"Jika tidak pada Hari Raya pertama sekalipun, kami tetap akan berkumpul pada hari berikutnya," tuturnya.

Dalam pada itu, Adibah kini sibuk dengan latihan teater The Secret Life of Nora yang akan dipentaskan pada September depan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain