SYDNEY: Wajah pelakon kacak, Leonardo Dicaprio seharusnya sudah dikenali di seluruh dunia, namun malang baginya apabila baru-baru ini dia disangka perompak.Insiden yang berlaku apabila dia ingin membeli barang kemas sebagai hadiah untuk ibu kesayangan, namun kehadirannya telah disalahertikan. Ketika kejadian berlaku seorang daripada pegawai kedai emas menyangka pelakon tersebut adalah seorang perompak apabila mengenakan kaca mata hitam, bertopi dan memakai jaket menyebabkan pengawal itu membunyikan penggera keselamatan.Bagaimanapun, beberapa pegawai lain sedar bahawa lelaki tersebut merupakan Leonardo."Ketika pengawal-pengawal peribadi Leonardo memasuki kedai, saya dan seorang pegawai merasakan ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Kami menyangka satu rompakan sedang dirancang," ujar pemilik kedai emas tersebut.