Watie Elite dan kekasihnya Joey. (Gambar Ihsan Utusan Malaysia)KUALA LUMPUR: Pelakon Watie (Elite) mengakui sedang keliru sama ada ingin meneruskan hasrat untuk berumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Joey ataupun tidak kerana tertekan dengan tohmahan sesetengah pihak terhadapnya.Watie turut mengakui amat kecewa dengan tuduhan orang yang mengaitkannya sebagai dalang kepada keretakan rumah tangga Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud walaupun kes penceraian pelakon itu dengan bekas isterinya, Noraini Mohamad Nasir sudah selesai. "Apa yang boleh saya katakan buat masa ini saya sedang buntu dan keliru sama ada ingin meneruskan hubungan dengan dia (Joey) ataupun tidak."Joey tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi kebuntuan ini datang daripada diri saya sendiri mengenangkan tohmahan orang sekeliling yang turut membuatkan saya berfikir kembali sama ada ingin meneruskan hubungan atau tidak," ujarnya.Watie ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri 13 episod lakonannya berjudul "Cuak" untuk siaran Astro Ceria di sini, Selasa.Watie berkata Joey mengetahui tekanan yang dialaminya dan tidak pernah memaksa dia untuk membuat sebarang keputusan berkahwin dalam waktu terdekat."Saya sebenarnya bertuah kerana Joey seorang lelaki yang baik dan memahami keadaan saya walaupun ketika ini saya belenggu tentang hubungan kami tetapi dia tetap memberi sokongan kepada saya," katanya.Dalam pada itu, Watie memberitahu dia tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai segala tuduhan dilemparkan kepadanya kerana sudi lali dilanda pelbagai kontroversi."Jika saya menjawab segala tuduhan tersebut ia tidak akan berakhir. Pengalaman hampir 17 tahun dalam industri ini menyebabkan saya rasa lebih baik berdiam diri," ujarnya.Sementara itu, Watie turut menafikan khabar angin mengatakan dia dan Joey telah berkahwin sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak tetapi tidak menafikan pernah merancang untuk bernikah pada Ramadan lalu."Sepatutnya saya dan Joey bernikah pada Ramadan lalu tetapi apabila terbaca satu laporan di dalam akhbar yang menuduh saya bukan-bukan, terus kami batalkan hasrat tersebut."Tetapi buat masa ini kami masih belum berkahwin dan jika perkara itu terjadi saya akan hebahkan kepada semua," ujarnya.