MarshaPETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh, 28, tidak pernah terfikir untuk melakukan perbuatan bodoh iaitu membunuh diri hanya kerana putus cinta dengan menelan 30 biji pil seperti yang didakwa.Marsha berkata, dia tidak menafikan percintaan dia dengan seorang lelaki berbangsa Melayu sebelum ini sering menghadapi masalah, tetapi hal tersebut dapat diselesaikan dengan baik. "Hubungan cinta saya yang berusia dua tahun itu memang ada pasang surutnya. Tetapi di sini saya ingin jelaskan hubungan kami sudah putus beberapa minggu sebelum kejadian."Walau bagaimanapun, peristiwa itu bukan menjadi pendorong untuk saya melakukan perkara yang bodoh. Malah bekas teman lelaki saya itu telah melawat saya di hospital. Ia menunjukkan kami tiada masalah," katanya pada majlis rumah terbuka anjuran syarikat rakaman Alibi Music, di Menara KLK, di sini, Rabu.Pada 7 September lalu, Marsha dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini selepas dipercayai menelan 30 biji pil akibat putus cinta.Bagaimanapun, Marsha menjelaskan dia ke PPUM setelah ditemui rebah di kawasan kondominium yang didiaminya di Jalan Klang Lama dekat sini akibat trauma selepas terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Sementara itu, ditanya adakah dia serik untuk bercinta lagi selepas melalui pelbagai dugaan dalam percintaan, Marsha berkata dia tidak pernah serik untuk menerima lelaki dalam hidupnya.Dia turut mengakui pada ketika ini telah mengenali seorang lelaki tetapi belum sampai ke tahap untuk bercinta.