suria

Donald Schultz Bahayakan Diri Dalam 'Wild Recon'

PETALING JAYA: Pengembaraan penuh bahaya sudah pun bermula untuk penonton setia ntv7 dalam rancangan bersiri dokumentari terbaru, Wild Recon.

Siri dokumentari yang sudah pun bersiaran sejak 4 September lalu pukul 8.30 malam, setiap Ahad bermula 4 September menerusi saluran ntv7.

Dalam rancangan ini, pengacaranya, Donald Schultz akan mengembara dan berhadapan dengan haiwan pembunuh seperti ular orok-orok, buaya laut, singa dan pelbagai lagi spesis haiwan yang mampu meragut nyawa sesiapa sahaja dalam sekelip mata.

Pada setiap permulaan rancangan, Schultz akan memberitahu di mana dia berada dan jenis haiwan yang dicarinya.

Dalam kesemua sepuluh episod rancangan ini, Schultz akan membawa para penonton kepada habitat-habitat haiwan di serata pelusuk dunia seperti di Australia, Sri Lanka, Afrika Selatan, Jordan, Costa Rica dan banyak lagi dalam menyempurnakan misinya.

Donald Schultz sebenarnya bukan satu nama baru dalam bidang ini dan telah berjinak-jinak bersama haiwan reptilia semenjak berumur 13 tahun lagi dan telah berjaya mendapatkan latihan praktikal di taman ular terkenal di Fitzsimons Snake Park di mana dia mendapat didikan dalam bidang herpetologi.

Schultz meneruskan pengajian perubatan haiwan di Amerika Syarikat pada tahun 2002 di Hospital Pakar Perubatan Haiwan di San Diego, California sebelum memulakan kerjaya sepenuh masanya dalam bidang herpetology.

Pelbagai jenis haiwan daripada hampir seluruh benua pernah dihadapinya. Dari cicak sekecil ‘gecko’ di Kalahari sehinggalah biawak gergasi di San Diego dan juga dari haiwan seperti obor-obor di Australia hingga kepada penyu laut besar di Costa Rica turut menjadi antara pengalaman berharga buatnya.

Dia juga telah berjaya menangkap variasi ular berbisa di lima benua dan buaya daripada tiga benua itu. Schultz yang juga merupakan seorang penulis dan jurugambar mula dikenali di media dengan penerbitan mengenainya dalam majalah Reptile Magazine pada tahun 2006 dan sejak itu disiarkan di lima lagi majalah antarabangsa termasuklah ruangan majalah Scales and Tails di Australia.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.ntv7.com.my atau www.tonton.com.my. Atau ikutilah perkembangan terbaru melalui Facebook dan Twitter ntv7.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut