suria

Field Trip USA Kembali

PETALING JAYA: Program popular, Field Trip USA (Musim ke-2) muncul kembali dengan pengisian yang lebih menarik bersama pengacaranya Qushairi Razali atau Qi.

Program realiti selama 30 minit yang disiarkan bermula 28 September 2011 ini akan bersiaran selama 10 minggu.

Menurut Duta Amerika Syarikat di Malaysia, Paul W. Jones, kemunculan musim kedua program ini merupakan bukti bahawa ia telah menarik minat penonton dari musim pertamanya sekali gus mendapat tempat di hati penonton tempatan.

“Pengalaman sendiri merantau dan tinggal di negara asing membuka mata saya untuk mempelajari dan mendalami adat dan budaya yang berbeza. Setiap tahun, pihak kerajaan Amerika menyediakan beberapa peluang untuk remaja Malaysia untuk tinggal di Amerika dan menjalani kehidupan sebagai remaja di Amerika," katanya dalam sebuah kenyataan yang diberi melalui e-mail kepada mStar Online.

Dalam pada itu, kata Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul, Field trip USA merupakan sebuah proram yang diterbitkan khas buat golongan yang meminati aktiviti-aktiviti percutian.

"Jika anda minat mengembara dan menerokai budaya serta tempat-tempat baru, ini adalah rancangan yang wajib anda tonton!

"Field Trip USA memaparkan setiap pelajar Malaysia yang mempunyai cerita tersendiri dan anda pasti melekat di kaca televisyen masing-masing untuk menonton perjalanan pelajar-pelajar ini," ujarnya

Dalam rancangan ini, pelajar yang terpilih akan berkongsi pengembaraan dan pengalaman mereka di negara asing. Banyak proses yang mereka perlu lalui selama berada di sana yang pastinya membuat mereka lebih menghargai dan rindukan negara sendiri,” tambah Airin lagi.

Selain ituField Trip USA pernah dicalonkan dalam beberapa anugerah antaranya “Fresh TV Series”, “Favourite TV Host” dan berjaya memenangi “Favourite TV Program” dalam majlis Shout! Awards 2009.

Rancangan Field Trip USA ditayangkan setiap Rabu pukul 9.30 malam di saluran 8TV.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain