suria

'OMG Gempak' Tampilkan Lagu-Lagu Popular

PETALING JAYA: Berdasarkan sambutan hangat dan memberangsangkan pada album kompilasi HITMAN yang diterbitkan pada awal tahun ini, KRU Studios sekali lagi tampil dengan menerbitkan sebuah lagi album kompilasi baru yang turut menampilkan lagu-lagu popular iaitu OMG Gempak.

Album ini memuatkan sebanya 12 buah lagu terhebat yang mempertaruhkan nama-nama besar tanah air diantaranya seperti KRU, Stacy, Amuk, Tilu, Iqa, V.I.P, Daus dan ramai lagi.

Kekuatan OMG Gempak adalah pada pemilihan lagu-lagunya yang pernah menjuarai carta dan ada di antaranya masih kekal sebagai pilihan DJ untuk diputarkan di radio-radio tempatan.

Sebagai contoh Lagu Sedih nyanyian kumpulan pop dance yang semakin popular iaitu V.I.P pernah menggungguli Carta Era 40 dan Hot Fm selama beberapa beberapa minggu dan Kisah Dongeng nyanyian Stacy berjaya menjuarai Carta Hot FM 30 dan sehingga kini masih kekal sebagai juara carta.

Manakala lagu seperti Dipenghujungnya (Iqa), Lelaki Tak Guna (Tiga), dan Berdua Bersatu nyanyian kumpulan pop vocal yang semakin mendapat perhatian iaitu Forteen antara lagu-lagu yang masih kedengaran di dalam carta-carta radio tempatan.

Selain itu, album ini turut membariskan lagu-lagu popular seperti Diam-diam nyanyian Tilu, Kerek (Bandi Amuk), Akhir Waktu (Daus), Hati-Hati (Ema AF8), dan Hukum Cinta nyanyian Bonny, bekas anggota kumpulan The Lima.

Istimewanya khas buat peminat-peminat KRU, album ini turut menampilkan Tiga Kata single hits kedua tahun ini nyanyian KRU dan sebuah lagu bonus baru BFF nyanyian Chomell Fana cetusan ilham terbaru daripada Edry Abdul Halim.

Album ini dijual dengan harga RM19.90 dan boleh didapati di semua cawangan Speedy, Music Valley dan Rock Corner yang berhampiran atau anda boleh membuat pembelian secara dalam talian dengan melayari terus ke Facebook United Studios.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain