PENYANYI legenda Rod Stewart (gambar) dikhabarkan sedang menulis buku autobiografinya yang akan membongkar semua rahsia tentang kehidupan peribadinya.Menurut portal NME, buku tersebut akan menceritakan tentang perkahwinan dan penceraiannya dengan beberapa artis terkenal termasuk model Rachel Hunt yang didakwa meninggalkan Stewart kerana cintanya beralih arah kepada penyanyi Robbie Williams. Kehidupan peribadi Stewart kerap kali menjadi perhatian akhbar-akhbar tabloid di Britain. Kini, Stewart memiliki lapan orang anak hasil perkahwinannya dengan lima wanita. Malah dia juga sudah bergelar datuk apabila salah seorang anaknya, Kimberley Stewart melahirkan anak beberapa minggu lalu.Bekas vokalis The Faces itu mengakui telah berfikir panjang sebelum mula menulis buku autobiografi itu.“Menceritakan kehidupan saya adalah sesuatu yang amat lucu, tapi saya ingin menceritakan semua hal yang telah terjadi."Saya telah melalui kehidupan yang membahagiakan, berkenalan dengan beberapa orang yang sangat luar biasa. Saya tidak akan menceritakan tentang hal-hal buruk dalam hidup saya, autobiografi ini akan menceritakan hal-hal yang menyenangkan,” ujarnya kepada NME.Buku tersebut dijangka akan diterbitkan pada bulan Oktober tahun depan.