suria

Achong Tidak Mahu Dibayangi 'Jambu'

Achong dan Joey berganding bahu melalui kumpulan Anje untuk pertandingan Maharaja Lawak Meja yang bakal bermula 28 Oktober ini. Foto THE STAR Oleh ART CHEN
Achong dan Joey berganding bahu melalui kumpulan Anje untuk pertandingan Maharaja Lawak Meja yang bakal bermula 28 Oktober ini. Foto THE STAR Oleh ART CHEN
Achong dan Joey berganding bahu melalui kumpulan Anje untuk pertandingan Maharaja Lawak Meja yang bakal bermula 28 Oktober ini. Foto THE STAR Oleh ART CHEN

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Achong (Sweet Child) yakin kemunculannya sebagai salah seorang peserta dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega tidak akan dibayangi wataknya ketika dia muncul bersama-sama kumpulan Jambu sebelum ini.

Achong atau nama sebenarnya, Ahmad Fauzi Manat berkata, gandingannya bersama kumpulan Jambu dalam pertandingan Maharaja Lawak tidak lama dulu adalah hanya sebagai tetamu jemputan.

Bakal bergandingan dengan rakan baiknya, Zulkifli Daud (Joey), melalui kumpulan yang diberi nama Anje, Achong berharap peminat akan menerima dan menyokong mereka kelak.

"Saya bersama kumpulan Jambu hanya atas tiket sebagai artis jemputan ketika pertandingan Maharaja Lawak bukannya bersama mereka sepenuhnya. Saya berharap peminat dapat menerima gandingan saya dan Joey dalam pertandingan itu nanti," katanya.

Achong ditemui selepas majlis pelancaran program Maharaja Lawak Mega di sini, Isnin.

Dalam pada itu, dia memberitahu persediaan telah dibuat menjelang pertandingan yang bakal bermula pada 28 Oktober nanti dan akan cuba menyelitkan beberapa idea segar apabila menerima tugasan kelak.

"Sejujurnya bukan mudah untuk membuat orang ketawa dan merancang lawak itu tetapi saya dan Joey telah melakukan beberapa persiapan supaya tidak terkapai-kapai apabila menerima tugasan kelak," ujarnya.

Sementara itu, Joey memberitahu dia telah lama ingin digandingkan dengan rakan baiknya itu tetapi tidak mempunyai peluang.

Ujarnya, kesempatan untuk bertanding di dalam Maharaja Lawak Mega adalah peluang terbaik buat dia dan Achong membuktikan kebolehan diri untuk bergelar pelawak.

"Saya sudah mengenali Achong lama dan tidak pernah berkesempatan untuk bekerjasama dengannya. Jadi peluang ini digunakan sebaiknya untuk memberikan persembahan terbaik nanti," katanya.

Pun begitu, Joey menjelaskan dia tidak mahu melihat pertandingan ini sebagai satu tekanan buatnya tetapi lebih kepada memberi hiburan kepada penonton.

i>Maharaja Lawak Mega akan memulakan siarannya pada 28 Oktober depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain