Pengarah Urusan Sony Music Entertainment Malaysia, Adrian Lim (kanan) menghadiahkan sebuah kek kepada Alif pada majlis pra dengar albumnya di sini, Khamis. Foto THE STAR Oleh RAHMAN RAHIM.KUALA LUMPUR: Penyanyi Alif Satar memberitahu dia tidak kisah jika dilabel sebagai ikon kepada kanak-kanak kerana golongan itu sememangnya menyukai lagu nyanyiannya.Alif berkata, dia bertuah dan berbesar hati mempunyai peminat cilik kerana bukan mudah untuk menarik perhatian golongan itu. "Saya bertuah kerana kanak-kanak sukakan saya malah baru-baru ini saya buka laman Youtube, ada video seorang kanak-kanak berusia dua tahun menyanyikan lagu 'Lelaki Seperti Aku'," ujarnya.Alif ditemui selepas majlis pra dengar album keduanya berjudul Lelaki Seperti Aku di pejabat Sony Music di sini, Khamis.Dalam pada itu, bercerita mengenai album terbarunya yang bakal dipasarkan pada 28 Oktober ini, Alif berkata album tersebut adalah transisinya untuk menjadi seorang dewasa bersama peminatnya.Ujarnya, dia tidak boleh terburu-buru menukar konsep album atau menghasilkan lagu yang tidak sesuai kerana ramai di antara peminat membesar bersamanya."Album ini adalah transisi saya bersama peminat saya. Lagu-lagu yang dihasilkan adalah bersesuaian dengan mereka."Saya tidak mahu menghasilkan sesuatu lagu yang tidak dekat dengan peminat saya," katanya.Bagaimanapun dia tidak menolak akan menghasilkan album yang akan menunjukkan kematangan dirinya.Sementara itu, Alif memberitahu dia berpuas hati dengan penghasilan album kedua itu dengan mendapat bantuan daripada komposer Panji Sakti dan Zimie Sofaz.Buah tangan terbarunya itu bakal memuatkan lapan buah lagu termasuk sebuah lagu Inggeris ciptaan penyanyi baru, Amirah Ali berjudul There We Go.Selain lagu ciptaan Amirah, Alif memberitahu dia turut merakamkan sebuah lagu duet nyanyian asal Kelly Clarkson berjudul Timeless bersama penyanyi daripada Filipina, Julia Abueva.Lagu lain yang dimuatkan dalam album itu nanti adalah Pendusta, Rapuh, Dalam Sunyi dan Abdul sebagai “single” kedua album itu."Alhamdulillah pengalaman merakamkan lagu Inggeris pertama tidak sukar seperti yang dibayangkan tetapi perasaan gementar tetap ada."Peluang merakamkan lagu duet bersama Julia yang baru mencecah 16 tahun pula cukup mengagumkan," katanya.