suria

Bruce Willis Khuatir Perkahwinan Demi Moore

MESKI bukan lagi suami isteri, aktor Bruce Willis (gambar) selalu memberi perhatian kepada bekas isterinya, pelakon Demi Moore.

Bruce khuatir dengan perkahwinan Demi yang sedang bermasalah.

Beberapa waktu lalu terbongkar dakwaan suami Demi, Ashton Kutcher telah curang. Berbagai isu tentang rumah tangga keduanya terus tersebar.

"Demi masih sebahagian besar dari kehidupan Bruce sebagai ibu kepada anak-anaknya.

"Bruce sangat mengambil berat tentang Demi dan akan berkeras untuk menentang jika seseorang memperkatakan tentang sesuatu isu melibatkan Demi," ujar sumber menurut Showbiz Spy, Jumaat.

Meski Demi dan Bruce sudah mempunyai kehidupan masing-masing, kedua-duanya masih membina hubungan keluarga yang sangat erat.

Sepanjang 13 tahun perkahwinan mereka, Demi dan Bruce dikurniakan tiga orang anak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain