suria

Karyawan Rangka Aktiviti Amal Untuk Bantu Artis

Persembahan nyanyian daripada Freddie, Radhi Khalid dan beberapa lagi artis pada malam tersebut.
Persembahan nyanyian daripada Freddie, Radhi Khalid dan beberapa lagi artis pada malam tersebut.
Persembahan nyanyian daripada Freddie, Radhi Khalid dan beberapa lagi artis pada malam tersebut.

PETALING JAYA: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) telah merangka lebih banyak lagi aktiviti amal untuk mengumpul dana Tabung Penggiat Seni Karyawan persatuan itu pada tahun depan.

Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez berkata, mereka sudah merancang pelbagai aktiviti sukan amal seperti permainan boling dan golf.

"Kami sudah merancang beberapa aktiviti amal sepanjang tahun depan bagi mengumpul dana tabung Karyawan.

"Kami tidak mahu hanya bergantung pada majlis makan malam sahaja, orang pun dah malas untuk beli meja untuk menyaksikan persembahan artis," katanya ketika ditemui di majlis Malam Gala Seribu Bintang 2011, di sini, Rabu.

Majlis amal yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah (PBANK) itu dihadiri lebih 500 ratus tetamu.

Hasil kutipan sumbangan melalui penjualan meja pada malam itu akan dibahagikan kepada dana PBANK dan Tabung Penggiat Seni Karyawan.

Tambah Freddie, aktiviti berbentuk sukan dan riadah mampu menarik minat lebih banyak golongan muda untuk menyertai sambil menderma.

Sementara itu, Freddie turut berkata Karyawan bakal melancarkan biro artis muda yang bertanggungjawab mengerakkan pelbagai aktiviti dan menarik lebih ramai generasi baru menyertai persatuan itu.

"Biro muda memang sudah ada tetapi ramai yang tidak tahu dan tidak banyak aktiviti, jadi kami akan melancarkannya dengan diketuai oleh penyanyi Atilia.

"Beberapa nama artis baru seperti Ana Raffali, Joe Flizow dan beberapa artis lagi sudah dilantik sebagai ahli jawatankuasa," ujarnya.

Artikel Lain