Selepas 14 tahun bersama Westlife yang dianggotai (dari kiri) Shane, Mark, Nicky dan Kian bakal membawa haluan masing-masing bermula tahun depan. - Foto SAMUEL ONGPETALING JAYA: Kumpulan popular Ireland, Westlife dalam satu kenyataan rasmi mengesahkan untuk membawa haluan masing-masing selepas mengeluarkan album terakhir, Greatest Hits Collection pada 21 November depan.Kumpulan yang dianggotai Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily dan Shane Filan itu berkata selepas 14 tahun mengukir nama di pentas nyanyian antarabangsa, mereka akhirnya membuat keputusan itu untuk menjalani kehidupan yang lebih santai dan kurang tekanan di samping menceburi bidang baru. “Keputusan untuk berpecah ini dilakukan atas persetujuan bersama. Selepas bertahun-tahun meniti kedewasaan bersama-sama, tiba masa untuk kami membawa haluan masing-masing.“Kami ingin menumpukan pada aspek kehidupan peribadi yang lebih berkualiti dan menceburi cabang-cabang baru.“Kami melihat kemunculan album kompilasi Greatest Hits Collection dan siri jelajah promosi album ini yang menyusul selepas ini sebagai jalan terbaik untuk meraikan perjalanan karier kami bersama para peminat,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.Sejak menceburi bidang nyanyian pada 1998, Westlife terkenal di seluruh dunia menerusi lagu-lagu balada dan pop seperti Swear It Again, Flying Without Wings, Uptown Girl dan If I Let You Go.Westlife memiliki 26 buah lagu yang menduduki carta top 10 termasuk 14 lagu single di tangga pertama dan tujuh album yang menduduki tangga pertama carta.Di United Kingdom, kumpulan ini dinobatkan sebagai ‘Kumpulan Antarabangsa Dengan Penjualan Album Terbesar Bagi Dekad Ini’ dengan penjualan 10 album platinum berkembar.Semua album mereka sudah terjual lebih 44 juta unit di seluruh dunia.