KenoKUALA LUMPUR: Pementasan teater adaptasi dari filem arahan Seniman Agong Tan Sri P.Ramlee, Se-Merah Padi pada 22 hingga 31 Disember depan turut akan memamparkan adegan panas iaitu sula dan sebat sebagaimana yang terdapat dalam filem tersebut.Menurut penerbit, Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau Keno, kedua-dua babak itu merupakan antara plot yang memberi mesej penting yang ingin disampaikan oleh teater tersebut. "Kita memang ingin mementaskan babak sula dan sebat itu kerana ia merupakan salah satu kekuatan jalan cerita dalam filem itu."Ia memberi pengajaran tentang pembalasan dan pengakhiran cerita itu dan saya mahu penonton yang menonton teater ini dapat menjadikannya sebagai iktibar," katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Teater Se-Merah Padi, di Istana Budaya, Rabu.Bagaimanapun, kata Keno ia akan dipaparkan dalam bentuk yang lebih berhati-hati agar tidak menimbulkan kontroversi atau melanggar sensitiviti masyarakat."Kita akan cuba buat yang terbaik dan jika ia tidak dibenarkan mungkin kami terpaksa melaksanakan pelan kedua," katanya.Dalam pada itu, filem klasik ini dipilih untuk dipentaskan berikutan kekuatan jalan cerita dan secara tidak langsung bagi memberi penghormatan kepada karya-karya lama untuk diangkat semula."Saya memilih Se-Merah Padi kerana filem tersebut merupakan antara filem paling popular sekitar tahun 1950-an."Kita mahu masyarakat mengimbau semula nostalgia karya-karya hebat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang pernah menjadi kebanggaan suatu masa dahulu," katanya.Selain itu, Keno berkata pihaknya masih dalam proses perbincangan mengenai royalti terhadap hak cipta yang dipegang oleh Shaw Brothers."Kami sudah berhubung dengan Shaw Brothers untuk melakukan pementasan ini dan sekarang masih dalam perbincangan untuk meminta bayaran royalti dikurangkan berbanding yang mereka minta," katanya.Bercakap tentang pemilihan pelakon, Keno berkata kesemua pelakon yang dipilih untuk menjayakan pementasan tersebut merupakan pelakon hebat yang mempunyai keistimewaan bagi watak yang diberikan."Pelakon-pelakon yang dipilih itu mempunyai persamaan dengan watak-watak yang diberikan kepada mereka."Selain itu, bakat-bakat yang ada pada tunggak utama seperti Zul Huzaimy, Fauzi Nawawi dan Jue Aziz memang tidak dapat dinafikan, saya percaya mereka dapat membawanya dengan baik," katanya.Antara artis lain yang turut menjayakan teater ini adalah Datuk Baharuddin Omar, Azizah Mahzan, Fazlina Datuk Ahmad Daud dan Baby Erin.Teater arahan Rosdeen Suboh ini akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 22 hingga 31 Disember depan.Tiket untuk teater di bawah naungan Sultan Pahang ini boleh didapati di www.ticket2u.biz.