Lisa Surihani.PETALING JAYA: Pelakon popular, Lisa Surihani mendedahkan dia sebenarnya gementar setiap kali berlakon di samping pelakon lelaki yang telah berkahwin.Lisa berkata, perasaan itu telah membuatkan dirinya mengambil masa untuk menjiwai sesuatu watak sebelum benar-benar dapat memberikan lakonan terbaik. "Saya terlalu memikirkan perasaan isteri mereka apabila melihat lakonan kami terutamanya yang melibatkan adegan romantik," ujarnya ketika ditemui pada majlis tamat penggambaran filem Istanbul Aku Datang pada Rabu.Katanya, bagi mengurangkan rasa kekok, dia akan memastikan berkenalan dengan pasangan gandingannya di set terlebih dahulu supaya masing-masing berasa selesa."Sebelum ini semasa bergandingan dengan Aaron Aziz dalam Ombak Rindu saya gusar kerana isterinya juga berada di set."Tetapi Alhamdulilah, selepas berkenalan dengannya penggambaran berjalan dengan lancar."Begitu juga semasa berlakon dalam filem Istanbul Aku Datang, isteri pelakon Beto Khusyairi sangat memahami dan membuatkan saya rasa selesa berlakon bersama suaminya."Malah sepanjang pengambaran di Turki dia sering menemani ibu saya dan saya sungguh terharu," ujarnya.Dalam pada itu, Lisa memberitahu dia teruja dapat berlakon dalam filem terbaru terbitan Red Films dan Grand Briliance Sdn Bhd kerana turut mengandingkan dua rakan baiknya iaitu Tomok dan Aizat.Menurutnya, dia telah lama memasang impian untuk berlakon di samping Tomok dan Aizat kerana memuja bakat nyanyian mereka berdua."Sejujurnya saya seronok dapat berlakon dengan rakan baik saya di dalam filem ini dan saya beri jamin lakonan mereka sangat baik," katanya.Sementara itu, Lisa memberitahu dia tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran berlakon dalam Istanbul Aku Datang kerana memang teringin untuk ke Turki."Apabila Lina Tan memberitahu barisan pelakon dan lokasi penggambaran saya terus bersetuju tanpa berfikir panjang kerana pada tahun lalu selepas melihat gambar seorang kenalan di Facebook yang bercuti di Turki saya berdoa kepada Allah supaya dapat pergi ke sana."Tidak sangka Allah telah memakbulkan doa saya. Paling menyeronokkan saya dapat bekerja sambil melawat negara itu," jelasnya.