Aznil Haji Nawawi menganggap sikapnya yang gemar melayan ragam kanak-kanak dapat melambatkan proses penuaan. - Foto oleh LIM CHENG KIATSELAMA 21 tahun bergelar pengacara, Aznil Nawawi bukan sahaja mempunyai peminat daripada golongan dewasa sahaja, bahkan kanak-kanak seawal usia dua tahun pun sudah meminatinya.Mungkin kerana kriteria Aznil atau Pak Nil yang sentiasa ceria dan ‘gila-gila’, peminat dari kalangan anak-anak kecil ini menjadi selesa dan sayang kepadanya. Sinonim dengan program Macam-Macam Aznil, Tom Tom Bak dan terbaru, Clever, komunikasi di antara Aznil dan kanak-kanak tidak kira sama ada yang menjadi tetamu jemputan mahupun penonton di studio membuatkan mereka tampak serasi bersama.“Mereka (kanak-kanak) begitu jujur bila berborak dan tak akan ambil hati dengan apa yang kita cakap. Malah, jika dipanggil sebagai tetamu khas, mereka lebih berdisiplin dan dengar cakap, memudahkan kerja-kerja produksi.“Dari dulu lagi saya suka melayan karenah kanak-kanak. Merekalah yang telah melambatkan proses tua saya. Lebih-lebih lagi dari segi pemakaian. Ini satu suntikan semangat buat saya, tak adalah rasa diri ini orang tua,” selorohnya.Kata Aznil, keserasian di antara mereka juga disebabkan perwatakan yang manja di mana dia dapat memeluk dan mencium kanak-kanak yang berada disekelilingnya.“Saya seorang yang manja dengan orang yang terdekat terutamanya keluarga. Kanak-kanak juga mempunyai persamaan itu. Mereka boleh dipeluk dan dicium,” ujarnya.Mengusik pelakon berbintang Scorpio ini, adakah dia sememangnya ingin menjadi ikon buat kanak-kanak, kata Aznil, gelaran itu merupakan daya tahan kerjayanya untuk jangka masa yang panjang.Justeru itu, bekas pembaca berita Buletin Utama pada tahun 1989 hingga 1990 itu ingin memberikan contoh terbaik dari segi penggunaan bahasa dan perlakuan agar golongan kecil itu tidak akan terpesong dengan perkara-perkara negatif.Mahu bela nasib artisTidak semua artis yang sanggup berjuang untuk membela hak-hak anak seni yang bergiat dalam industri hiburan tempatan.Namun, tidak bagi Aznil, dia menyimpan impian ingin membantu golongan artis yang kurang bernasib baik dalam industri.“Alhamdulillah, saya masih berdiri di atas nama sebagai seorang anak seni selepas 21 tahun bertungkus lumus mengejar impian. “Cuma, ada lagi hasrat yang masih belum tercapai di mana saya mahu membela nasib artis yang tidak mendapat hak sepatutnya.“Bila mahu membela, kita perlu berani bersuara mewakili golongan artis yang bermasalah ini. Saya nak jadi seseorang yang dapat membantu kedudukan mereka ke tahap yang lebih baik dan akan memberi jangka masa pada diri sepuluh tahun dari sekarang,” tegas penyampai radio ERA fm ini.Sebagai seorang selebriti popular, menjadi perkara biasa apabila masa banyak dihabiskan dengan aktiviti kerjaya. Mahu beriadah? Tiada dalam fikirannya.Permulaan hari seawal pukul 4 pagi setiap hari mengendalikan segmen Riuh Pagi Era diikuti pula dengan kerja-kerja produksi lain membuatkan masanya agak suntuk untuk melakukan perkara-perkara lain.“Memang masa saya agak terhad. Memandangkan usia semakin meningkat, saya perlu menjaga kesihatan diri dimana pukul lapan malam dah kena tidur. Dan sebelum itu, Saya akan berlari menggunakan mesin treadmill di rumah untuk kekal cergas,” katanya.Walaupun berumur 49 tahun, bapa kepada tiga orang anak itu langsung tidak menunjukkan seperti usianya. Malah wajah Aznil dilihat jauh lebih muda.Menganggap penjagaan wajah amat penting buat kaum lelaki, Aznil mula terdedah dengan penjagaan kulit sejak berumur 12 tahun lagi.“Golongan lelaki perlu ubah persepsi mereka tentang penjagaan muka kerana bukan wanita sahaja yang perlu berbuat demikian. “Ini kerana ia mampu mengubah perwatakan seseorang untuk menjadi lebih yakin dan berani tampil ke hadapan dalam apa situasi sekalipun.“Macam saya, jika dulu hanya menggunakan produk pencuci, penyegar dan pelembab muka, kini saya memggunakan sembilan jenis produk setiap pagi sebelum keluar rumah agar tidak terdedah dengan apa-apa yang boleh merosakkan kulit. Kalau tak, rasa bogel pula wajah saya,” selorohnya.Sementara itu, Aznil kini sedang merancang menerbitkan sebuah program berbentuk kebajikan bersama ‘Hero Malaya’ yang terdiri daripada artis-artis lelaki tempatan pada tahun depan.10 soalan menarik1. Sebelum keluar rumah, perkara utama yang Aznil akan pastikan ialah?Telefon! 2. Kad kredit atau kad debit?Saya pakai kedua-duanya. 3. Dalam kereta mesti ada apa?Makanan ringan semestinya! 4. Penampilan (berani mati) pada acara hiburan yang lalu, yang tidak akan dipakai lagi?Seluar pendek paras atas lutut yang pernah ditegur dahulu. 5. Jumlah wang yang dihabiskan untuk penjagaan diri setiap bulan?Tak banyak pun, RM1,000 sahaja.6. Kali terakhir marah orang?Bila ya? Tak ingatlah..Rasanya tak pernah kot. Haha..7. Perkara yang tidak disukai (atau rasa malas) apabila berada di konti radio?Apabila saya rasa mengantuk.8. Tabiat buruk Aznil?Pakai kanta lekap lama-lama.9. Suka menonton filem di televisyen atau pawagam?Pawagam. Sebab tempatnya luas dan sistem audio lebih bagus.10. Siri kartun yang diminati?Aduh! Dah lama saya tak tengok. Tapi saya suka Upin & Ipin. * Artikel ini dipetik daripada akhbar Mingguan mStar yang diterbitkan bersama Sunday Star sekitar Lembah Klang.