PETALING JAYA: Selepas pelbagai kontroversi diperkatakan mengenai penganjuran anugerah muzik paling berprestij tanah air, Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) akhirnya bakal menemui kemuncaknya pada pukul 9 malam ini.
Menerusi 18 kategori yang bakal dipertandingkan, Aizat yang mengungguli enam pencalonan, dilihat punya peluang besar untuk menang besar.
Namun, persaingan pada malam ini juga membariskan persaingan daripada nama-nama 3 Suara daripada Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah, Yuna, Najwa dan ramai lagi.
Bagi menyemarakkan AIM18 pada malam ini, mStar Online turut memaparkan ramalan senarai pemenang mengikut kategori masing-masing.
Album Terbaik – Produser
3 Suara – Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah, Urusan Aizat Amdan - Aizat, Dewa – Ning Baizura, The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid – Sheila Majid, Sayang & Cahaya – Dayang Nurfaizah
* Pilihan mStar Online: Urusan Aizat Amdan - Aizat
Lagu Terbaik
* Pilihan mStar Online: Penakut - Yuna
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Lelaki
Anuar Zain – Sedetik Lebih, Azlan & The Typewriter – Jeritan Batinku, Black – Sofea Jane, Reza Salleh – What The Hell Just Happened I’m Not Really Sure, Tam Spider – KitaSatu
* Pilihan mStar Online: Azlan & The Typewriter – Jeritan Batinku
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Wanita
Anita Sarawak – Asmara, Jaclyn Victor – Noel, Najwa – How Long Must I Wait, Yuna – Penakut, Yuna – Gelora Jiwa
* Pilihan mStar Online: Yuna - Penakut
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Berkumpulan/Duo)
Jaclyn Victor, Shila Amzah & Ning Baizura – Beribu Sesalan, A.P.I – Pelita, Caipifruta – Menceceh Bujang Lapuk, Dayang Nurfaizah & Marcell – Sayang, In Team – Salamun Salam 2
* Pilihan mStar Online: A.P.I – Pelita
Lagu Pop Terbaik
Beribu Sesalan – Kevin Chin – Tinta – 3 Suara Ning, Jaclyn Victor & Shila Amzah, Sungai Lui – Aizat & Anas – Aizat & Anas – Aizat Amdan, Sedetik Lebih – Edry Abdul Halim – Anuar Zain, Dengarkanlah – Acis & Sheila Majid – Sheila Majid, Penakut – Yuna Zarai – Yuna
* Pilihan mStar Online: Sedetik Lebih – Edry Abdul Halim – Anuar Zain
Lagu Rock Terbaik
Pelita – Loque & A.P.I., Estravaganza – Sam – Bunkface, Pokok – Taja – Meet Uncle Hussain feat Hazama, Wanita Seluruh Dunia – Boy Clifford – Project Pistol, Kita Satu – Tam – Spider
* Pilihan mStar Online: Pokok – Taja – Meet Uncle Hussain feat Hazama
Lagu Pop Etnik Terbaik
Joget Tak Senang Hati – Adibah Nor, Katakanlah – Amirah Ali, Santun Berpesan – Castury feat Ayati Tasrip, HambaMu – Mawi & Akhil Hayy, Falsafah Laksamana – Zali Redang
* Pilihan mStar Online: HambaMu – Mawi & Akhil Hayy
Lagu Nasyid Terbaik
Hadirnya Cahaya SAW – Abdul Halim Ahmad – Devotees, Permata Hati – Syah InTeam – Nazrey Johani, Pedoman VOU – Johan Nawawi – Nora feat VOU, Bebas Palestin – Nazrey Johani – Rabbani, InTeam, Saujana & Nowseeheart, Pahlawan Gaza – Frizdan – Saujana
* Pilihan mStar Online: Bebas Palestin – Nazrey Johani – Rabbani, InTeam, Saujana & Nowseeheart
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Years From Now – Aizat & Anas – Aizat Amdan, Innocent Soul – Najwa – Najwa, Got To Go – Najwa – Najwa, What The Hell Just Happened I’m Not Really Sure – Reza Salleh, Straccialatella – Reza Salleh
* Pilihan mStar Online: Got To Go – Najwa – Najwa
Artis Baru Terbaik
James Baum, Kyoto Protocol, Najwa, Project Pistol, Reza Salleh
* Pilihan mStar Online: Najwa
Video Muzik Terbaik – Pengarah
Ahmad Farish – Susun Silangkata oleh Aizat Amdan, DJ CZA – Kotarayaku oleh Altimet & Nuh Hujan, Yusry Abdul Halim – Sedetik Lebih oleh Anuar Zain, Tan Chee Meng – Karma oleh Faizal Tahir, Ahmad Farish – Inspektor Remos oleh Hujan
* Pilihan mStar Online: Yusry Abdul Halim – Sedetik Lebih oleh Anuar Zain
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkanlah oleh Artis Luar Negara – Artis
Insya- Allah – Maher Zain, Indahnya Cinta – Nidji, Sahabat Selamanya – Padi, Ku Menunggu – Rossa, Bunga Mimpi – Sandy Sandoro
* Pilihan mStar Online: Insya- Allah – Maher Zain
Senarai tiga pemenang yang diumumkan pada malam pra-anugerah berlangsung, Jumaat adalah berikut.
Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu – Pengubah
Syed Shahril Faizal Syed Hussain – Jeritan Batinku – Sheila Majid (Pemenang)
Rakaman Album Terbaik – Jururakam
Realize – Reza Salleh (Pemenang)
Kulit Album Terbaik – Pereka
Urusan Aizat Amdan – Aizat (Pemenang)
AIM18 akan berlangsung pada pukul 9 malam ini di Stadium Putra, Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung di saluran RIA (Saluran 104).