Chef Wan.PETALING JAYA: Chef selebriti, Datuk Redzuan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan bakal menaja majlis perkahwinan anak lelaki tunggalnya, Mohd Nadzri Redzuwan (chef Riz).Chef Wan menerusi status di laman Facebook miliknya memberitahu, dia juga akan menaja pakej berbulan madu untuk pasangan pengantin baru itu selama seminggu tetapi masih merahsiakan destinasi sebagai kejutan. "Dia hanya perlu mengeluarkan wang untuk hantaran, wang hantaran pada pihak perempuan selain mas kahwin dan cincin untuk bakal isterinya."Selebihnya saya akan uruskan sebagai hadiah untuk anak lelaki tersayang," ujarnya menerusi status tersebut.Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu, dia menaja perkahwinan anaknya itu tanpa mengharapkan apa-apa balasan."Falsafah hidup saya adalah untuk menjadi pemurah kepada insan yang kita sayangi. Saya tidak mahu menyesal di kemudian hari kerana tidak dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya sayang."Walaupun rezeki yang kita dapat sedikit, kongsi sedikit dengan keluarga sebagai tanda kasih sayang dan hormat kepada mereka," ujarnya.Chef Riz,30 dan pelakon Ana Dahlia, 28, akan melangsungkan pernikahan pada 11 Disember depan yang akan diadakan di rumah keluarga Ana di Changkat Jering, Taiping, Perak.Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan berlangsung di Sungai Koyan, Raub Pahang pada 18 Disember.