Monoloque semasa majlis pelancaran album Jejak Tanah: Hikayat Halimunan Abad Ke-21 di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.ALBUM: Jejak Tanah: Hikayat Halimunan Abad ke-21 ARTIS: MonoloQue LAGU PILIHAN: Cinta, Batu Belah Batu Konkrit, Hapuskan Air @ Matamu EDARAN: Universal Music ARTIS: MonoloQue LAGU PILIHAN: Cinta, Batu Belah Batu Konkrit, Hapuskan Air @ MatamuUNIK sekali cara Monoloque mewarnai Jejak Tanah, album debut dalam siri trilogi Hikayat Halimunan Abad Ke 21.Tampil dengan lapan buah karya lagu, hasil si pencipta lagu sepenuhnya oleh Loque ini (kecuali lagu Tiada Kata Secantik Bahasa, ciptaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee) lari daripada konsep biasa yang sedia ada di pasaran muzik tempatan.Proses pembikinannya yang mengambil masa selama dua tahun kiranya berbaloi kerana berjaya menghasilkan Jejak Tanah menjadi satu pembentukan identiti buat kumpulan ini.Menarik tentang album ini, Azlina Aziz turut berganding vokal menerusi lagu Batu Belah Batu Konkrit.Dan lagu popular, Kekanda Adinda yang menampilkan Atilia juga dimasukkan dalam trek album ini.Seperti Kekanda Adinda juga, keunikan lagu Batu Belah Batu Konkrit mungkin akan menjadi hits di corong-corong radio lebih-lebih lagi suara lunak Azlina memberi suntikan klasik rock pada lagu tersebut.Begitu juga dengan Cinta, ia menarik perhatian OopStarz! sebagai muzik pilihan.Album berkonsepkan rock n’ roll dan nusantara ini turut memuatkan lagu-lagu seperti Kupu-Kupu Malam, Kekanda Adinda (menampilkan Atilia), Cinta, Gurindam Hutan Batu, Tiada kata Secantik Bahasa, Hapuskan Air @ Matamu, Penghormatan Terakhir dan Tiada Kata Secantik Bahasa.Mendengar keseluruhan album ini, ternyata elemen klasik karya yang dihasilkan datang dari pengaruh lagu-lagu P. Ramlee.Walaupun, terdapat sedikit unsur muzik kumpulan rock Radiohead, U2 dan Keane, ia masih tidak menjejaskan keaslian karya MonoloQue yang mengekalkan konsep Melayu klasik.Selain Loque, sebagai vokalis dan pemain gitar utama, MonoloQue dianggotai Ijoo (gitar utama), Loko (dram, suara latar), Dax (bass, perkusi) dan Apex (gitar).* Artikel ini dipetik daripada akhbar Mingguan mStar yang diterbitkan bersama Sunday Star sekitar Lembah Klang.