Chomel Fana. SATU ketika dahulu, pelakon dan penyanyi Chomel Fana pernah mengalami masalah kemurungan yang agak teruk gara-gara cedera parah di bahagian lutut kaki kanannya ketika bermain bola sepak di sebuah perlawanan pada tahun 2005.Ya, gadis yang nama sebenarnya ialah Noorhanis Farhana Shaharuddin berbakat orangnya. Selain menyanyi dan berlakon, dia juga hebat dalam sukan yang merupakan seorang pemain bola sepak wanita Malaysia B serta bekas ahli Silat Selangor dan Olahragawati negeri Selangor.Kecederaan yang dialami membuatkan Chomell tidak boleh lagi beraksi dalam mana-mana acara sukan apatah lagi mahu mewakili negara dalam sukan yang diminati itu.Hal tersebut membuatkan dia enggan bertemu mahupun bercakap dengan sesiapa pun termasuklah keluarga dan rakan-rakannya sendiri sekaligus Chomel semakin hilang kawan.Bagaimanapun, semangat baru tiba-tiba muncul dalam diri untuk terus sedar daripada lamunan yang diciptanya sendiri, itu pun selepas setahun ‘terperap’ di rumah.“Apa yang berlaku sebelum ini memberi pengajaran besar buat saya dan percaya ada hikmah di sebaliknya."Dulu, semasa aktif bersukan, memang saya lupa semua perkara termasuklah lupa pada keluarga dan kawan-kawan, yang ada pun hanya kawan pasukan sahaja.“Mungkin tuhan mahu tunjuk, ligamen lutut saya cedera teruk dan sehingga terpaksa lupakan terus dengan sukan yang paling saya sayangi itu."Sepanjang setahun melalui tempoh kemurungan, baru sedar yang selama ini saya terlalu pentingkan diri sampai lupa tanggungjawab sebagai seorang anak, contohnya sering balik lewat malam dan buat tak tahu saja bila mak beri nasihat.“Alhamdulillah, saya sedar dengan kesilapan sendiri. Terima kasih juga kepada teman, Rina Derina yang menyedarkan saya dan sentiasa berada disisi ketika jiwa bercelaru,” katanya yang juga aktif dengan bola jaring, bola tampar dan hoki ketika itu.Tidak lama selepas itu, tambah Chomel, dia mula bekerja sebagai pengawal pantai di sebuah pusat rekreasi air selama tiga tahun dan kemudiannya bekerja sementara sebagai penjaga binatang, dan barulah dia menyertai produksi drama bekerja di belakang tabir selama enam bulan.Ternyata walaupun bertubuh kecil, kecekalan dan semangat Chomel di luar jangkaan.Kesungguhannya dalam melakukan setiap kerja serta karakter ‘gila-gila’ itu juga memberi rezeki buatnya lebih-lebih lagi apabila pengarah Aziz M. Osman mengesan bakat lakonan yang terpendam dalam dirinya dan terus berlakon watak utama menerusi siri berjudul Comel.BFFSelepas selesa di pentas lakonan, Chomel mencuba nasib membawa namanya ke dunia nyanyian dan peluang menjadi artis naungan KRU Studios satu rezeki keemasan yang tak mungkin diabaikan begitu sahaja.Lantas, single lagu pertama berjudul BFF yang berkonsepkan pop menjadi taruhan, tanda pengenalan buat peminat-peminat muzik tempatan.“Pada mulanya saya meragui keupayaan diri untuk menyanyi, tetapi akhirnya keyakinan itu tumbul hasil sokongan kawan-kawan baik serta keluarga. Jika tidak keberatan, saya nak menyebut nama kawan-kawan saya ini iaitu Yayaq, Dee serta Rina.“Sebenarnya BBF bermaksud Best Friend Forever yang menceritakan tentang sahabat sejati. Di mana merekalah yang akan sentiasa berada di samping kita walau apa pun berlaku, tidak kiralah susah atau senang.“Kebetulan pula lagu ini sangat sesuai dengan jiwa saya kerana ia mengingatkan kepada tiga orang teman saya itu,” tuturnya yang turut gembira dengan respon positif daripada peminat mengenai BFF.Tambah Chomel, lagu tersebut juga seolah-olah mengimbas kembali insiden kemurungannya itu dimana dia dapat melihat teman-teman yang manakah sudi bersamanya di saat diri memerlukan sokongan moral.“Memiliki lagu ini ibaratnya seperti satu kesyukuran buat saya kerana ia telah menguatkan lagi hubungan antara saya dan teman-teman.“Malah mereka siap menyanyi BFF untuk menceriakan saya jika mood tiba-tiba sedih. Alhamdulillah, lapan tahun berkawan, kami bagaikan adik beradik,” ujarnya.