Mariah Carey dan Nick Cannon mendukung Moroccan dan Monroe.TIDAK mengejutkan apabila dua bayi kembar pasangan Hollywood Mariah Carey dan Nick Cannon iaitu Moroccan dan Monroe sudah pandai bermain drum pada usia 7 bulan.Menurut Nick Cannon, pasangan kembar itu sudah menunjukkan bakat bermain alat muzik walaupun masih berusia 7 bulan. "Anak lelaki kami tahu bagaimana bermain drum. Dia benar-benar tahu bagaimana menjaga ritma lagu. Mereka tentunya mempunyai bakat dan kemampuan dalam hal ini," ujar Nick sebagaimana yang disiarkan oleh E! Online. .Ternyata bukan hanya bakat ini yang mengagumkan kedua ibu bapa itu. Nick juga menyatakan bahawa bayi kembar ini sudah mula berbicara. Bahkan Monroe sudah belajar berjalan."Mereka berdua adalah bayi yang genius. Mereka sudah menyanyi dan bercakap seperti menyebut 'mama', 'papa' dan 'dada'. Mereka mengagumkan. Anak perempuan saya sudah belajar berjalan," kata Nick lagi.Dua bayi kembar Mariah dan Nick ini dilahirkan pada April lalu.