Norish Karman anggap gosip hamil luar nikah sebagai tidak beretika dan tidak adil. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIASKUALA LUMPUR: Pelakon Norish Karman, 35, (Norish) menyifatkan laporan media yang mendakwa dia telah menyembunyikan diri kerana hamil luar nikah sebagai sesuatu yang tidak beretika dan tidak adil buatnya dan keluarga.Norish atau nama sebenarnya Nor’Asikin Karman, berkata sekalipun dakwaan liar itu tidak asing baginya yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam dunia lakonan, ia tetap mengganggu dan mengaibkan khususnya kepada anak-anaknya yang sedang membesar. “Secara peribadi, saya anggap dakwaan palsu dan liar itu sebagai sesuatu yang melampau, tidak beretika dan tidak adil buat saya dan anak-anak.“Tidakkah pihak yang menggembar-gemburkan gosip itu terfikir, saya mempunyai anak-anak yang juga akan terkena tempias tuduhan itu?” luahnya kepada mStar Online.Tambah pelakon filem Sayang Salmah ini, walaupun provokasi dan dakwaan liar itu amat menyedihkan, dia bersyukur kerana anak-anaknya begitu memahami, terbuka dan memberikan sokongan yang utuh.“Saya berasa sedih apabila perlu menjelaskan kepada anak-anak bahawa cerita itu adalah dakwaan palsu.“Mujurlah anak-anak saya sangat memahami, terbuka dan enggan melayan provokasi melampau itu. Malah, saya bertuah kerana mereka setia menyokong di sisi pada waktu begini,” katanya.Katanya, apa yang lebih membuatkan dirinya berasa terkilan apabila tindakan berdiam diri daripada dunia hiburan sebagai persiapan untuk muncul dengan album sulung itu telah dimanipulasikan dengan dakwaan yang mengatakan dirinya hamil luar nikah.“Saya berdiam diri kerana sibuk membuat persiapan dan mencari material yang berkualiti untuk album sulung saya pada tahun depan.“Jadi, tidak perlulah saya hendak kecoh-kecoh memberitahu semua orang setiap perkembangan saya pula.“Apabila orang menuduh saya macam-macam, saya berasa sedih tetapi saya tiada masa untuk melayan fitnah sebegini,” katanya.Dalam perkembangan lain, Norish berkata dia sudah tidak sabar untuk melancarkan album sulungnya yang memuatkan tujuh hingga lapan trek lagu.Album tersebut bakal diterbitkan oleh barisan komposer popular termasuk Damien V.E, Johari Teh dan Manan Ngah.Hasil perkahwinan aktres Singapura itu dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan iaitu Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Haqiem Armany, 12, Muhammad Hardy Amieran, lapan, dan Putri Hany Amanda, tujuh.