Sharifah Shahora tidak memilih watak yang ditawarkan kepadanya.KUALA LUMPUR: Dramatis popular, Sharifah Shahora Syed Akil, 36, menjelaskan tidak lagi memilih watak yang ditawarkan kepadanya kerana menyedari faktor usia yang kian meningkat.Shahora berkata, dia kurang memikirkan mengenai soal watak kerana pada usia sedemikian dia lebih memikirkan keselesaan apabila berlakon dalam sesebuah produksi. "Saya bukan lagi seorang pelakon berusia 20 tahun yang boleh “demand” watak dan tawaran. Macam sekarang saya banyak menerima watak menjadi ibu, saya tetap terima kerana itu adalah rezeki saya."Paling penting saya selesa bekerja dengan seseorang pengarah drama atau filem itu," ujarnya kepada mStar Online.Dalam pada itu, Shahora memberitahu dia kini selesa bekerja di bawah arahan pengarah drama dan filem terkenal, Michael Ang yang dianggap sebagai rakan baiknya.Shahora yang pernah membintangi lebih 200 buah drama sejak 1996 berkata, Michael bukan sahaja seorang pengarah tetapi sahabat yang murah hati dalam membantu pelakon sepertinya mendapatkan sesuatu peranan."Sekarang saya banyak berlakon di bawah arahan Michael walaupun hanya satu babak saya akan lakukan kerana dia adalah sahabat saya," ujarnya.Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan terbarunya, Shahora memberitahu dia kini sedang sibuk menguruskan perniagaan pakaian dalam wanita dan pakaian lelaki yang diusahakan bersama suaminya, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.Ia bertempat di tingkat bawah Axis Atrium, Ampang.Ujarnya, kedai yang diberi nama Fiedra Shahora Shop dan Red Guogi Mens Wear itu diusahakan selepas cubaan menjual “padding” secara kecil-kecilan mendapat sambutan hangat di kalangan pelanggan dan rakan-rakan artis."Saya bermula daripada menjual “padding” untuk wanita dan apabila ia mendapat sambutan menggalakkan saya terfikir untuk memperluaskan perniagaan saya dengan menjual pakaian dalam wanita yang jarang dilakukan oleh orang lain."Selepas berbincang dengan suami, kami mulakan dua perniagaan sekali gus yang diusahakan bersama-sama," ujarnya.Pun begitu katanya, dia masih sibuk menjalani penggambaran drama dan memberitahu baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama “Palesit” arahan Michael Ang."Saya cuba mengimbangkan antara perniagaan dan lakonan dan Alhamdulillahlah ia berjalan dengan baik," ujarnya.