Jenifer Lopez dan Marc Anthony.PERPISAHAN pasangan Marc Anthony dan Jenifer Lopez (J-Lo) yang pada awalnya tidak mempunyai sebarang kontroversi kini kelihatan semakin panas apabila Marc dikatakan cemburu dengan kekasih baru bekas isterinya, Casper Smart.Menurut laporan daripada Splashnews, Marc dikatakan berang apabila melihat gambar-gambar mesra J-Lo bersama teman lelakinya dan anak-anak kembar mereka, Max dan Emme yang kelihatan gembira semasa mereka bersiar-siar. Sumber terdekat penyanyi Latin itu juga berkata Marc ada menyebut akan membuat hidup J-lo derita dan merancang untuk mendapatkan hak penjagaan anak mereka ke pangkuannya."Marc tidak senang dan cemburu melihat kebahagiaan bekas isterinya itu bersama lelaki lain," ungkap satu sumber pada Us Weekly.Bagaimanapun, J-Lo yang mengetahui rancangan Marc tidak akan berdiam diri. Penyanyi lagu Love Don't Cost A Thing ini menyatakan akan membuat serangan balas jika bekas suaminya itu bertindak di luar kawalan.