Ungku Ismail sedang mendalami bidang pengarahan drama. - Foto LIM CHENG KIATPETALING JAYA: Pelakon dan pengarah drama, Ungku Ismail Aziz, 26, semakin seronok mendalami bidang lakonan dan pengarahan sejak melibatkan diri dalam industri seni bermula 2006.Biarpun pernah mempunyai ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dari University of Strathclyde, Glasgow, Scotland, United Kingdom, pelakon yang selesa dipanggil Is ini nekad untuk menjadikan dunia seni sebagai kerjaya sepenuh masa. “Saya mahu meneroka kerjaya dalam industri seni ini lebih meluas dan sedalamnya. Tetapi ia adalah ketentuan kepada Allah yang menentukan di mana rezeki saya,” katanya yang mengarah buat kali kedua menerusi drama “Antara Garisan” selepas “Ramadan Terakhir”.“Antara Garisan” akan disiarkan bermula 9 Januari depan, setiap Isnin pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104).Menurut Is, dia mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan setelah diperkenalkan oleh bekas pensyarahnya, Prof Jamaludin kepada Ketua Produksi Drama & Filem, Primeworks Studios, Jalena Rejab.“Pada awal saya memasuki dunia lakonan, saya dibawa berjumpa dengan Jalena Rejab oleh “sifu” saya, Prof Jamaludin setelah saya memberitahunya yang saya meminati bidang lakonan.“Selepas itu, saya diberi peluang berlakon watak pembantu dalam drama “Dunia Baru”. Masa uji bakat drama ini, Abang Shahrul Ezad terlibat sekali.“Kemudian saya mendapat tawaran berlakon drama “Sutun 2” yang diterbitkan oleh Abang Ezad. Sejak dari itu, saya mula belajar menulis skrip daripada Abang Ezad dan dalam masa setahun lebih saya menimba ilmu untuk mengarah drama daripada dia,” katanya.Tambahnya: “Saya mengambil jurusan kejuruteraan sebelum ini kerana minat dan meletakkan minat itu pada nombor tiga. Jadi, saya tidak merancang untuk bekerja dalam bidang kejuruteraan setakat ini.”