50 CentPENYANYI rap, 50 Cent atau nama sebenarnya, Curtis James Jackson III, benar-benar merisaukan ramai pihak apabila dia meluahkan rasa putus asa dan seperti mahu membunuh diri menerusi akaun Twitter miliknya."Sejujurnya aku sedar bahawa aku tidak akan bertahan hidup lebih lama lagi. Dan kerana itulah aku melakukan satu langkah yang drastik, agar ia boleh menyenangkan kehidupan orang lain," katanya pada entri Twitter, Isnin lalu. Kemudian, menurut laporan portal Aceshowbiz, 50 Cent turut mengatakan dia ingin menjadi seekor burung yang boleh terbang bebas di langit tanpa perlu berdepan dengan sebarang masalah seperti yang dilaluinya sekarang."Aku sedar, hidup ini begitu singkat tanpa harus diakhiri dengan bunuh diri. Tapi akan lebih baik jika aku mati malam ini. Sekurang-kurangnya aku dapat berjumpa dengan orang yang pernah menjaga diri ku ini," ujarnya pula di laman sosial tersebut pada Selasa lalu pula.Bagaimanapun, penyanyi rap itu berkata walaupun entrinya sebegitu, dia tidak berniat untuk membunuh diri, namun berjanji pada diri sendiri agar tidak melakukan perkara bodoh itu.Sebelum ini, difahamkan 50 Cent mempunyai masalah dengan pengurusan label yang dinaunginya, Interscope Record.Dia mengakui amat kecewa dengan pihak pengurusan yang tidak bersungguh-sungguh mempromosikan albumnya.