Sharon StoneLONDON: Aktres Shahron Stone yang pernah mendapat jolokan wanita tercantik di dunia, mengakui pernah berasa dirinya menjadi hodoh selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan dalam otak.Stone, 53, yang menjalani pembedahan itu pada 2001 berpendapat dia tidak akan memperolehi semula kecantikan yang pernah dimilikinya dahulu selepas pembedahan tersebut. “Sisi pipi saya mengendur. Ketika itu, saya berasa pasti tiada siapa yang mahu bersama dengan saya lagi.“Saya mengalami masalah kehilangan memori jangka pendek dan panjang selepas pembedahan itu."Bahagian betis kiri saya menjadi kebas. Saya mengalami masalah pendengaran di bahagian telinga kanan,” katanya yang dipetik mirror.co.uk.Bagaimanapun, sejak itu Stone melakukan pelbagai cara bagi mendapatkan semula kecantikan asalnya. - IANS