Leonardo DiCaprioLONDON: Aktor Leonardo DiCaprio berkata wanita yang paling ideal untuk menjadi pasangan hidupnya adalah seorang yang sempurna dalam segenap aspek seperti ibunya.Pelakon filem J. Edgar yang sedang menjalinkan hubungan dengan model Erin Heatherton ini mengakui dia sering membandingkan semua kekasihnya dengan ibunya sendiri, Irmelin. “Ibu saya adalah pusat kepada kehidupan saya. Saya mencari seorang wanita yang kuat, tabah dan jujur seperti ibu."Ciri-ciri itu yang harus ada pada pasangan hidup saya kelak,” katanya seperti dipetik laman web contactmusic.com.Sebelum ini, DiCaprio pernah bercinta dengan model Gisele Bundchen and Bar Refaeli. - IANS