Abby Abadi.SHAH ALAM: Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menolak dakwaan lagu single terbarunya berjudul Aku Tak Mahu berkisar mengenai hubungan cintanya dengan pelakon muda, Zul Ariffin.Abby ketika ditemui berkata, perkara itu adalah secara kebetulan dan dia memilih untuk merakamkan lagu tersebut kerana menyukai melodinya tetapi bukan liriknya. "Tidak benar lagu berkenaan mengenai hubungan saya dengan Zul dan ia hanyalah kebetulan. Tambahan pula liriknya bukan dicipta oleh saya tetapi Edry."Sebelum merakamkan lagu tersebut, saya telah diberikan lima buah lagu dengan lirik bertemakan serupa tetapi memilih Aku Tak Mahu kerana sukakan melodinya yang berbeza daripada lagu yang sedia ada," ujarnya kepada mStar Online.Dalam pada itu, ditanya mengenai hubungannya dengan bekas suami, Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza, Abby berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pasangan itu.Abby berkata, dia sudah melupakan semua perkara yang telah berlaku di antara mereka tambahan pula dia langsung tidak mempunyai apa-apa perasaan lagi terhadap Norman."Itu semua cerita lama dan hubungan kami kini berada di tahap baik, semuanya demi anak-anak yang sedang membesar," ujarnya ringkas.Ditanya mengenai hubungannya dengan Memey, Abby memberitahu dia tidak mempunyai masalah dengan wanita itu tetapi mereka tidak berkomunikasi antara satu sama lain."Rasanya adalah lebih baik begitu kerana tidak mahu menimbulkan apa-apa masalah," katanya.Sementara itu, mengulas mengenai kemenangannya pada malam Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/12 menerusi anugerah Artis Paling Cekal, Abby menjelaskan ia adalah sebuah penghargaan buat dirinya daripada peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepadanya.Ujarnya, walaupun dirinya tidak secekal yang disangka tetapi dia tidak mahu menyerah kalah dan ingin terus berjuang demi masa depannya dan anak-anak."Pemilihan saya adalah mungkin berdasarkan daripada apa yang mereka lihat mengenai apa juga kejadian menimpa diri saya."Sejujurnya saya adalah manusia biasa dan ada ketikanya akan tumpas juga walau sekuat mana pun saya tetapi kelemahan itu tidak akan ditunjukkan kepada masyarakat," ujarnya.