Katy PerryLONDON: Penyanyi Katy Perry dilaporkan mendapat sokongan daripada bekas kekasih yang juga penyanyi kumpulan Gym Class Heroes iaitu Travie McCoy untuk menghadapi perceraiannya.Penyanyi lagu Firework itu bercerai dengan pelawak British Russell Brand pada Disember tahun lalu selepas 14 bulan berkahwin. McCoy berkata sebagai bekas kekasih dia cuba untuk membantu penyanyi itu untuk mengatasi kedukaannya susulan perceraian tersebut.“Kami sentiasa berhubung antara satu sama lain, saya sentiasa berada di sisinya. Apabila anda menjalin hubungan seperti kami, anda akan sentiasa berada di sisi apabila diperlukan.“Katy sentiasa ada di sisi ketika saya melalui kesukaran sebelum ini,” katanya yang dipetik sebagai berkata kepada mirror.co.uk.Mccoy menambah: “Kehidupan harus diteruskan, saya pernah menyesali bagaimana hubungan kami boleh berakhir tetapi kini tiada dendam lagi. Saya akan sentiasa berada di sisinya, dia mengetahui perkara itu.“Adakah saya pernah terfikir dia membuat keputusan tergesa-gesa untuk mengahwini Russell? Ternyata, ia satu perasaan yang tidak boleh disangkal.”McCoy dan Perry pernah menjalin hubungan pada 2008. - IANS