suria

Beyonce, Jay-Z Akhirnya Dedah Gambar Bayi Mereka Di Internet

Gambar Beyonce bersama bayi perempuannya Blue Ivy yang dipaparkan pada akaun laman Tumblr miliknya.
Gambar Beyonce bersama bayi perempuannya Blue Ivy yang dipaparkan pada akaun laman Tumblr miliknya.
Gambar Beyonce bersama bayi perempuannya Blue Ivy yang dipaparkan pada akaun laman Tumblr miliknya.

LOS ANGELES: Bintang rap Jay-Z dan isterinya penyanyi Beyonce akhirnya mendedahkan gambar-gambar bayi mereka Blue Ivy Carter kepada umum pada Jumaat menerusi akaun laman sosial Tumblr dan bukan menjualnya secara bidaan harga seperti kebanyakan selebriti lain.

“Kami mengalu-alukan anda untuk berkongsi kegembiraan kami. Terima kasih kerana menghormati privasi kami sepanjang tempoh terindah dalam kehidupan kami,” kata kemas kini berjudul ‘keluar Carter’ dalam laman itu.

Pasangan popular itu memuat naik lima keping gambar bayi perempuan mereka yang memiliki rambut panjang berwarna hitam itu dalam pangkuan mereka dan gambar-gambar kemesraan mereka.

Blue Ivy yang dilahirkan pada 7 Januari lalu di New York, Amerika Syarikat tidak didedahkan kepada khalayak sehingga gambar-gambar pertama bayi itu dimuat naikkan pada laman itu pada Jumaat.

Pasangan itu memilih untuk tidak mendedahkan gambar anak mereka secara bidaan harga kepada majalah seperti kebanyakan selebriti tetapi menyiarkannya secara percuma menerusi internet.

Beyonce, 30 dan Jay-Z, 42, berkahwin pada 2008 dan Blue Ivy adalah anak pertama mereka. - REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain