suria

Adele Bakal Rakam Lagu Baru

Adele
Adele
Adele

LOS ANGELES: Penyanyi British Adele yang pernah mengeluarkan kenyataan untuk berehat panjang bagi tempoh empat hingga lima tahun sebelum ini dikhabarkan kembali menyanyi. Dia dijangka akan masuk ke studio untuk merakamkan lagu-lagu baru.

Pemegang enam anugerah Grammy 2012 yang berusia 23 tahun ini dikatakan menjalinkan hubungan dengan Simon Konecki.

Laman web contactmusic.com melaporkan, Adele membuat pendedahan dalam satu temu ramah bersama sebuah majalah bahawa dia ingin berehat panjang daripada nyanyian sekiranya kerjaya itu merosakkan hubungan cintanya.

“Saya dapat berehat beberapa hari memandangkan anugerah Brit Awards hanya berlangsung di England sahaja.

"Selepas itu, saya akan terus masuk ke studio rakaman. Berehat lima tahun? Ia lima hari sebenarnya!” katanya dalam kemas kini laman blog miliknya pada Selasa (waktu tempatan).

Pegawai seranta penyanyi Rolling In the Deep itu menegaskan bahawa Adele tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berehat panjang, sekali gus menyangkal segala komen yang pernah dikeluarkan penyanyi itu sebelum ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain