Gambar fail Bobby Brown dan bekas isterinya, mendiang Whitney Houston.LONDON: Bekas suami kepada mendiang Whitney Houston, Bobby Brown akan meneruskan konsertnya yang dijadual pada 19 Februari (waktu tempatan), walaupun hanya beberapa jam selepas penyanyi itu dikebumikan hari ini.Penyanyi kumpulan New Edition itu dijadual membuat persembahan di Kasino Mohegan Sun Indian pada sebelah malam selepas beberapa jam upacara pengebumian bekas isterinya itu akan berlangsung pada tengah hari di Newark, New Jersey. Sebelum ini, Daily Mail melaporkan penyanyi R&B itu masih mampu mengadakan persembahan di Memphis walaupun selepas menerima berita kematian Houston. Namun demikian, dia kelihatan murung ketika muncul di pentas.Menurut laman Tmz, masih tiada kepastian sama ada Brown akan menghadiri upacara pengebumian yang bertaraf kelas A tersebut.Pengebumian diva pop itu dijadual berlangsung di New Hope Baptist Church di Newark, New Jersey, di mana ia adalah lokasi pertama penyanyi itu menyanyi di depan khalayak.Mendiang akan disemadikan bersebelahan kubur bapanya yang merupakan bekas perajurit dan eksekutif hiburan, John Houston yang meninggal pada 2003. - ANI