Marion CaunterPUTRAJAYA: Sejak melahirkan anak sulung pada 16 Disember lalu, pengacara jelita Marion Rose Caunter mengakui semakin komited tentang hal-hal rumah terutamanya berkaitan anaknya, Leia Rose Caunter Nasarudin.Marion berkata, walaupun terpaksa berkorban beberapa perkara terutamanya daripada segi mengurangkan aktiviti pengacaraan, dia tidak kisah tentang itu, sebaliknya memberikan sepenuh perhatian kepada Leia ada perkara nombor satu untuknya. "Kehadiran Leia dalam hidup saya dan suami amatlah bermakna sekali. Jika dahulu kami terlalu mementingkan karier, sekarang ini setiap perkara yang dilakukan perlu fikirkan dia dahulu."Dan biasalah, apabila dah ada anak, kita tak boleh nak keluar sesuka hati. Bayangkan, dia tidur dia tengah-tengah antara kami. Rasanya, sudah tiba masanya untuk saya dan suami bercuti berdua seketika," selorohnya yang ditemui di majlis perkahwinan Yusry KRU dan Lisa Surihani di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) malam Ahad.Tambah Marion, apabila dia berasa marah, hatinya akan terus lembut setelah melihat anaknya itu.Bagaimanapun, dua bulan berehat dari persada seni membuatkan Marion 'gian' untuk berceloteh di depan kamera."Mula-mula ingatkan nak berehat seketika bagi memberi fokus pada anak. Maklumlah, dia menyusu setiap satu atau dua jam sekali. Jadi, macam mana saya nak keluar untuk bekerja?"Cuma bagi melepaskan kerinduan mengacara, saya akan kembali mengacara E! Online dan pengambarannya akan bermula pada minggu hadapan. Nampaknya saya kene bersiap sedia untuk meninggalkan si kecil itu."Apa-apa pun, saya akan berulang alik Malaysia-Singapura setiap kali penggambaran," ujarnya tersenyum.Dalam pada itu, ditanya adakah Marion dan suami merancang untuk mendapatkan anak kedua pula, katanya, dia ingin berehat dan melangsingkan dahulu tubuh badannya."Diakui, saya seronok melalui proses mengandung, tetapi saya juga merindui untuk memiliki tubuh badan seperti dahulu," selorohnya.